Pages

Iktibar dari kisahku terSTUCK di Air Asia.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang.

Semasa jari saya tengah menari pada waktu ini iaitu pada pukul 3:44 dalam flight air Asia AK5108.Tidak sabar rasanya berjumpa dengan mama babah selepas hampir jangka masa setahun kami tidak bertemu.Raya Aidilfitri saya cuma meraikannya di Kuala Lumpur.

Namun tu bukan yang saya mahu kongsikan disini.Kisah yang saya ingin kongsikan berkenaan beberapa jam sebelum saya duduk di flight ni. Subhanallah. Saya masih lagi terkedu dan mengingatkannya semula mmbuatkan saya ingin menangis.

Selalunya apabila saya balik sabah, adalah sesuatu yang normal dilakukan oleh saya bila check in. datang, tunjuk IC dan dia akan bagi terus boarding pass. Dan saya akan terus ambil boarding pass n terus bersedia untuk berlepas.

Entah mengapa hari ini segalanya serba kelam kabut, bas lambat sgt nk pergi lcct,mujur duit di tangan saya mencukupi untuk saya bayar tambang bas,monorail dan bas skyline.Sampai sahaja di LCCT saya terus check in sebab hampir terlambat.Kemudian masa check inilah ujian Allah datang..

‘’Dek,untuk booking ticket adek kena bayar 10.’’

‘’10?? Sebelum ni kenapa xde minta bayar kak..? biasanya
saya dah boleh fly dengan hanya bg IC..’’

“untuk yang ni adek kena jugak bayar utk booking ticket..’’

‘’tapi kak, saya x cukup duit ni. Saya ada pass 7 ringgit je kat tangan..”

‘’Kalau macam tu adek x dapat lah naik flight..,sebab
booking ticket ni kena bayar jugak..’’

Masa dia dah kata macam tu saya dah mula gelabah. Saya sms babah saya. Tapi babah maybe babah drive n busy dalam perjalanan pi Kota Kinabalu.Topap pulak tidak cukup untuk saya call dan tidak tahu dimana saya boleh dapatkan topap. Kaunter beberapa minit sahaja lagi nak tutup.Makanya saya terus menunggu dan bersabar.Akak tu dah signal kaunter dah nak tutup. Masa tu saya Cuma terduduk dan menangis. Terbayang wajah mama yang happy menanti di rumah. Terbayang gelak tawa adek2 yang masih kecil. Terbayang betapa gembiranya mereka menanti saya di hadapan pintu rumah.

Saya nangis dan menangis.patutkah saya meminta sedekah..?siapa yang akan kasihankan saya.Mungkin manusia tidak akan pedulikan saya.tetapi Allah akan kasihankan saya.Saya berbisik dengan diri sendiri,Husnuzonlah..Allah tengah menguji.Selama terduduk di kerusi yang tidak jauh dari kaunter,saya yakin Saya berdoa dalam hati Ya Allah bantulah hambamu ini ya Allah,permudahkanlah perjalananku..Masa itu lemahnya saya, baru ujian sedikit.. saya sudah menyerah dan menangis.



Tidak disangka, semasa saya tengah menangis ada dua org lelaki berbangsa Cina.lebih kurang dalam usia separuh abad ditemani oleh seorang lagi kawan lelakinya yg kelihatan lebih muda duduk sebelah saya.Mereka berborak2 dalam bahasa cina yang saya sendiri tidak faham.kemudian mereka diam. Lelaki yang lebih tua tadi bertanya kepada saya.

‘’Student? mau balik mana..?”

“Ye. Saya nak balik Sabah.”

Mungkin sebab curious, dia terus Tanya kenapa saya menangis.Saya pun menceritakan yang saya tidak cukup duit untuk bayar booking tiket dan tengah tunggu sms babah. dia Tanya

‘’Tadi awak pigi kaunter mana?’’

Saya terus tunjuk kaunter amik boarding pass td dan dia meminta saya untuk membawanya ke kaunter.Dan dia terus membayarkan booking tiket saya.Tanpa saya sangka pakcik tu hulurkan sekali RM 50 ringgit kepada saya.

“adek, buat belanja ya.”

Saya menrima wang 50 tu dengan prasaan yang masih terkejut dan terkedu. Seorang lelaki berbangsa Cina yang bernama MR. Yee. Bukan Islam.Muka nampak garang rupanya hatinya lembut.Dia memberikan saya wang dlm jumlah yang bg saya agak besar nilainya tanpa rasa sangsi.Tambahan lagi penampilan saya yang berpurdah yg mungkin bagi sesetangah pandangan masyarakat penampilan itu agak fanatik, tetapi MR Yee yang berlainan bangsa,agama, dan latar belakang tanpa rasa sangsi terus memberikan wang itu kepada saya.

Dalam hati saya rasa terharu bukan kepalang..berterima kasih kepada MR Yee, tetapi rasa terharu saya lebih kepada Allah. Allah yang menghantar MR Yee untuk membantu saya, Allah yang mengusik hati MR Yee untuk membantu saya.


Sebaik sahaja masuk di area boarding, Babah terus call n bertanya keadaan saya, saya terus menceritakan kejadian tadi. Sebaik sahaja Babah mendengar cerita saya, dia turut sebak keharuan.Kami bertahmid berkali2 dan oleh sebab kebetulan babah sewaktu
itu berada di masjid,babahterus melakukan sujud syukur.

Mungkin peristiwa ini bagi sesetengah org berpendapat saya cuma bernasib baik,cuba anda fikirkan,di dalam suasana yang sibuk di Airport,orang lalu lalang,jika anda menangis teresak2 macamanapun,bukan smua org sudi n baik hati akan bertanya anda apa masalah anda tambahan lagi jika anda berada di Airport,smua org pun kelam kabut,semua orang pun punya urusan masing2.Tambahan lagi kaunter sudah hampir tutup.sekiranya tutup mesti tiket saya akan burn sama skali dan saya akan berpatah balik ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang sgt2 sedih.Peminta sedekah sekalipun tiada yang akan pandang dan terus memberikan 50 dalam Cuma masa beberapa minit.Semua ini kuasa Allah.




Siapa yang mengusik hati MR Yee untuk menghulurkan bantuan
kepada saya kalau bukan Allah?

Siapa yang sanggup memberikan wang berjumlah 60 ringgit
kepada anda tanpa anda meminta?

Kita kena ingat satu perkara dan yakin, Allah tu Maha Penyayang. Kita tak nampak Dia, tetapi Dia selalu bersama kita sekiranya kita yakin. Allah Maha pemurah dan pasti membantu sekiranya kita bersungguh meminta kepadaNya.Duit 60 di tangan saya milik Allah semata dan dipinjamkan kepada MR Yee.Peristiwa ni harap jadi pengajaran buat kita semua juga ntuk diri saya sendiri.Sekiranya anda di tempat saya apa yang
mungkin anda rasakan?

RENUNGILAH DALIL INI..membuatkan saya sebak dan terharu. Ya Allah, aku bersyukur menjadi hambaMU! :')

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (surah Yusuf: 87)


SEDAR DAN TIDAK SEDAR KITA SERINGKALI LUPA UNTUK MENCARI ALLAH DIWAKTU SUSAH APALAGI DIWAKTU SENANG.DIWAKTU SUSAH KITA HANYA AKAN MENGELUH DAN MENANGIS TANPA SEDAR ALLAH SENTIASA DISISI KITA.DIWAKTU SENANG KITA AKAN SAMA SEKALI LUPA ALLAH MEMBERI REZEKI.
YA ALLAH,ANDAI SENANG ITU MEMBUATKAN AKU SMAKIN LUPA DAN ALPA KEPADAMU,INDAH LAGI KESUSAHAN ITU JIKA DIDALAM KESYUKURAN DAN MEMUJIMU T_T

p/s: semoga Allah member hidayah kepada MR. Yee untuk
memeluk Islam dan smoga Allah membalas jasa beliau.Amiin Ya Rabbi.

7 Hamba Allah tinggalkan jejak :):

Abgbent said...

Sungguh Hebat Pengalaman ini.

Anonymous said...

Alhamdulillah. sebak ni ;') mau jumpa kau sayang

Asrul Samat said...

pertolongan dari Allah akan datang, sekiranya kita mengingatiNya ketika senang dan susah, selayaknya nabi Yunus yang tidak pernah melupakan Allah setiap masa, dimakbulkan doanya oleh Allah ketika berada di dalam perut ikan yu.. :)

Anonymous said...

Terharu dengan doa yang terakhir tu. Semoga Allah makbulkan insyaAllah, pastinya ganjaran yang terbaik adalah dgn hadiahnya mendapat hidayah islam :j sm2 doakan beliau

-ahyana-

Anonymous said...

apapun dalam apa jua situasi jgn cepat panik, insyaAllah ada jalan keluarnya. yg pntg yakin kepada Allah dan mhn pertolongan dr-Nya. syabas buat adik dan smg pengalaman ni melahirkan peribadi lebih utuh insyaallah. :)

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

@Anonymous saya pun berfikir sedemikian semasa kejadian, jangan cepat panik,tp sekiranya anda meletakkan diri ditempat saya,tambahan pulak hampir setahun rindu tidak berjumpa, barulah anda dapat rasa apa yang saya rasa ^__^

thenazurah said...

wah, srnoklah ada pengalaman mcm ni ;) Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah