Pages

Apa beza antara Dai'e dan Artis Korea??

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan penyayang..

sebelum ni saya ada tulis sal artikel beza Muslimah ngan Princess Dongeng maka ini klise nya bagi lelaki. Sebab kenapa..? sebab zaman sekarang perempuan ramai yang dok gila layan Korea sampai lebam. Sebelum tu izinkan saya mendefininasikan apa itu artis korea dan apa itu dai'e

Dai'e: Muslim yang menyebarkan dakwah dan risalah Rasulullah. yang melakukan Amar Ma'ruf nahi Munkar.

Artis Korea: Artis dari korea lah. apa lagi..? korang pernah dengar K-Pop..? (Korea Pop) mereka lah yang taikonya..

Mari kita tengok 5 perbezaan ketara antara Dai'e dan artis korea.

1)Artis Korea mengalunkan lagu2 Korea,untuk kekal mashyur dan diundi di dalam carta,


True Story, kerana mana mungkin mereka bersusah payah, berlatih menari, menyanyi, dan semua usaha gigih mereka.kerana apa..? kerana itu sahaja jalan kemasyuran mereka. Zaman sekarang butuh hiburan. maka 'tenaga' seperti mereka amat2 lah diperlukan remaja,

TETAPI..


Seorang Dai'e sntiasa mengalunkan zikir2..,kalimah2 Allah, seruan2 kepada yang Ma'ruf.Lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan kebaikan, Suara mereka lah juga yang dilaungkan untuk menyeru manusia2 berkunjung ke rumah Allah, bah kan suara mereka lah juga yang mengalunkan kalimah2 suci Al-Quran didalam solat. Suara mereka juga suara emas bukan? :)

2.)Pelakon Korea menjerat hati-hati wanita.


Dan sudah tentu, Pelakon2 Korea sntiasa akan dipilih yang kacak2 belaka, dan melakonkan watak2 yang macho belaka, gentleman, setia dan BOYFRIEND no. 1 dalam carta. dan saya ingin katakan, lelaki se'perfect' watak pelakon korea tak wujud.Yang wujud cuma lah suami soleh yang beriman, yang penting imannnya boleh membimbingmu ke syurga.. sememangnya, arena seni Korea terpaksa mengacu watak itu mnjadi sebegitu sebagai pemanis cerita. so girls, jangan frust k..?

TETAPI...



Sudah tentu para Da'ie itu menjerat hati2 mereka yang lalai kembali semula kepada Allah Taala.
setiap kata2 nya adalah semangat, peringatan dan memuhasabahkan. cuba anda bandingkan cerita cinta Korea dengan program 'Law kana bainana' mana lagi menyentap hati? kalau anda kata cerita korea, ia hanya menyentuh soal cintan cintun, tapi percayalah, jika hidayah anda perolehi, maka ia menyentuh seluruh nurani anda. Kerana Cinta Rabb-mu, lebih besar dari itu :)

3)Artis korea menjadi 'gentleman' dalam percintaan


Suda tentu lah~ director yang suruh, dah namanya berlakon. kalo x romantik sapa nak tengok kan??Maka akan adalah adegan yang sweet gila. yang lelakinya macho gila.. yang perempuan pun leh jadi GILA bila tengok scene2 sentimental macam ni. watak yang cukup-cukup sempurna jika dijadikan prince charming. Absolutely. True Story!

TETAPI...


Lebih berganda2 lah gentleman seorang Dai'e itu kerana dia akan cuba mnjadi imam yang terbaik dalam rumah tangga, contoh terbaik terhadap anak-anaknya,terhadap Mad'u nya dan cuba mnjadi 'Gentleman' dalam perjuangan agamanya.

4) Artis Korea terima awards dari banyak tajaan,


Suda tentu ditaja. bila sudah bergelumang dengan kemasyukran dan jutaan peminat dari serata dunia sudah tentu ramai yang ingin menaja. Banyak lah sesi award mengaward dan pada merka, disitulah pengukur titik kejayaan mereka di area K-Pop segalanya ditentukan dengan carta, anugerah itu, anugerah ini..

TETAPI..


Dai'e tidak pernah dikurniakan award dari manusia, cukuplah award dari Allah yang menjadi pengharapannya,. makanya seorang Dai'e sejati xkan mudah merasa lelah, bosan, dan putus asa. baginya perjuangan dakwah adalah suatu kecintaan. bukan untuk meraih pujian manusia, tetapi Rahmat dari Allah semata.


5) Rakyat malaysia yang berangan jadi artis korea msti kena kutuk.


Jangan saman saya k, saya x kutuk. saya cakap je., True Story. bila ramai yang try wat gaya ala2 korea, mesti kena kutuk. ppuan buat gaya comel macam ppuan korea, komfom kena cakap gedik. lelaki yang nk pakai style korea..? msti kena cakap pengaruh timur bukan?terutamanya bila muncul kontroversi group yang nak buat M-Pop(malaysia Pop) kazen kepada K-Pop (Korea Pop). Ye lah, nak seiring dengan irama k-pop yang hot, bawak skali masuk industri seni malaysia ni. kot2 lah leh kalahkan team girls generation.makin banyak lah yang mengutuk. seriously,x elok korang kutuk lebih walaupun doang sexy.Doang islam, korang pun Islam. baik Muhasabah diri sendiri. :)

TETAPI...



Menjadi Dai'e mungkin anda dikutuk, dihina malah dihentam sekalipun, tetap rasa manisnya berjuang, kerana seorang Dai'e akan cuba mnjadi da'ie di dalam hatinya. rasa pahit dalam berjuang, tetapi manisnya Di beri ganjaran di akhirat nanti.

Betapa manisnya menjadi seorang Dai'e,

walau tidak dihujani populariti,

Tetap dihujani rahmat ilahi,

walau tidak diberi ganjaran.

Tetap berjuang penuh keikhlasan..

walau tidak menempa nama,

Cukuplah dengan ganjaranNya semata..

Indahnya hidup menjadi Da'ie!! ^_^


Mari usaha dari sekarang untuk menjadi dai'e di dalam setiap hati masing2!







Luahan hati seorang suami yg membuatkan kita mengalirkan air mata :'(







LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara manualitik menangis..


isteri yang terbaik
Setiap suami mesti baca !!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR,SAYANGI ISTERI2 ANDA..



Janggut..Ohh.. janggut.. (peliharalah janggutmu!)



Janggut.. Ohh.. janggut..
Ko cuma segumpal rambut..
Yang berselirat di bawah daguku.
Tapi aku tetap simpan kau..
Bukan sebab aku ingin memachokan diriku..
Tetapi Rasulullah jua menyimpanmu..

"Dari Jabir berkata: Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim)

Janggut..Ohh janggut..
Mungkin orang yg membelamu rasa rimas..
Tapi aku selesa sebegitu..
ketahuilah gut..
Aku bangga menyimpanmu..
Bukannnya menunjukkan alimlah diriku kerana membelamu..
Tapi penampilan secara sunnah itu pilihanku.
Kerana lelaki Islam sebaiknya begitu..

Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)

Janggut Ohh janggut..
Mungkin aku akan nampak tua kalo berjanggut..
dan mungkin wajahku tidak sesuai untuk berjanggut..
Tapi..Ketahuilah gut,
Aku tidak pernah menilai diriku dengan penilaian orang lain padaku..
Aku bangga aku menyimpanmu Gut,
Kerana penampilan itu yg membezakan aku dan lelaki bukan Islam yg lain..

"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi

Janggut oh janggut..
Aku tahu kumpulan korea tidak berjanggut..
Aku tahu mereka macho dan digilai wanita..
aku tahu jua si Justin Bieber baby face itu jua digilai wanita..
Kerana mereka jambu, maka mereka tidak berjanggut.. *=.=''*
Tapi aku yakin sunnah ku yg sekecil ini bukannya untuk aku digilai..
Bukan sekadar fesyen dan kesesuaiannya di mukaku untuk diperhati..
Cukuplah Allah menyukai amalku ini..

“Dan kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah perkara besar”. (an-Nisa’ 14)

Janggut Ohh janggut..
Mungkin ada yang akan katakan..
"apalah sangat janggut dipertikaikan.."
Tetapi aku yakin Gut,
Sunnah Rasulullah sentiasa hikmah dan mempunyai sebab
Cukuplah kau menjadi saksiku di akhirat
Bahawa aku telah melakukan kebaikan yg kecil di pandangan mereka
secara istiqamah dan taat!! :)


“SESIAPA YANG TIDAK SUKA TERHADAP SUNNAHKU, MAKA DIA BUKANLAH GOLONGANKU”. (Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

MARI BERKEMPEN BELA JANGGUT!

(cerita) Alang2 pakai shawl biar tutup dada






Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis..

Cik Anggun: Cantiknya kau cantik, ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana..?

Cik Cantik: Oo.. aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.

Cik Anggun: Cantiklah shawl ko tu., macamana ko lilit,.?

Cik Cantik: oo.. aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat. cantik. ada gak aku blajar dr belog sikit2..




Cik Anggun: oo..cantik. aku pun suka tengok. tapi ada terkurang la tek..

Cik Cantik:Apa yg kurang Gun? Ok what.. yg penting aku pakai tudung apa.. x salah lilit2 kan..? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai.

Cik Anggun: Tudung ko cantik, tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit.

Cik Cantik: Aku nk wat cmne. tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit skali dua je. hujungnya x sampai ke dada.Aku nak wat macamana.

Cik Anggun: Lainkali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek, lagi labuh lagi selesa ko nak lilit.

Cik Cantik: tapi aku pakai baju longgar, x nampak pun..

Cik Anggun: Tapi tek, mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau.Mata lelaki ni 'tajam'.bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau?

Cik Cantik: Kau ni jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki tu jahat.

Cik Anggun: Mmg bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu doang cuma satu.

Cik Cantik:Aku tak kuno Gun, semua orang pakai tudung macam ni. aku cuma ikut fesyen je.





Cik Anggun: tek, Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek, islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat menutupi dada dan aurat, bnda tu sebenarnya x susah,

Cik Cantik: Kau senanglah cakap Gun, ko alim, ko dah biasa pakai tudung labuh.Ko cakap mmg senang lah..

Cik Anggun:Tek, mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah, ustazah pilihan, peserta solehah dan sewaktu dengannya, hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek, Aku pun belum sempurna, ada juga kekurangan yang perlu aku 'tudung labuhkan' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa.Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini? Kau boleh Tek, tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang.


Cik Cantik: Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow2.. ko jangan lah cakap macam ni. terasa aku taw. hilang mood aku.

Cik Anggun: Tek, aku pun dulu sepertimu, pernah merasa berbaju ketat, bertudung singkat, tapi selagi kita x mula Tek, macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya. lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati.Bila semakin lama ia tepu, semakin susah jua ia luntur.

Cik Cantik:Hidayah tu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan

Cik Anggun:Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11.''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'' kita mula dulu Tek, baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu..

Cik Cantik:Tapi Gun, walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku, aku still jaga solat aku. pemakaian x menggambarkan segala2 nya

Cik Anggun: memang benar katamu Tek, tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat. aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik. Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi.Allah sayang Muslimah tek, sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat,untuk menjaga diri kita juga. Firman Allah bukan suka2..ada sebab kenapa dan mengapa tek..


Cik Cantik:Ye Lah.. aku faham. tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung.

Cik Anggun:Bagus2.. tu aku suka sangat. at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan. tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan..? Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada :)



Cik Cantik:InsyaAllah, aku akan cuba k. Thanks tegur aku. aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang. kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni. thanks anggun!

Cik Anggun: Ok cantik.. mulakan dari sekarang. you can do it! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit.Tutup lah aurat juga didiklah iman mu..Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan.


Cik Cantik:Thanks.. aku sbenarnya nk pi Masjid india ni (tadi kata pi times square =.='') kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu. aku nak teraii..

Cik anggun: Boleh, tapi ko jangan lupa basuh! (hehehe)

Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat.. :)






Luruskan niat dalam ber Blogging :)

Blogger A: Ish, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.


Blogger B: Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.


"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."


***


SISI PUTIH: Hey you!


SISI HITAM: What?


SISI PUTIH: What are you doing?


SISI HITAM: What? Who are you?


SISI PUTIH: Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.


SISI HITAM: Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.


(Putih + hitam = kelabu = neutral )


SISI KELABU: My name is Ali.


SISI HITAM: Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.


SISI PUTIH: Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi S.A.W pun ada nama Ali.


SISI HITAM: Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?


SISI PUTIH: Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.


SISI HITAM: Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.


SISI PUTIH: Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?


SISI KELABU ALI: What the...huh?


SISI HITAM: Kau nak buat apa?


SISI PUTIH: Awak shut up, Blackie. Ok my baby, you're ready. Let's get into our lesson, hayya nabda'!


***


Kenapa Perlu Dengki?


Wahai Ali...


Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.


SISI KELABU ALI: Dah..sudah! *menangis*


Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.


Kenapa awak perlu dengki?


Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...


SISI KELABU ALI: Melainkan apa?


Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.


***


Untuk apakah penulisanmu?


Wahai Ali...


Untuk apakah penulisanmu?


Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?


Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?


Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?


What's wrong with you?


Untuk apakah penulisanmu?


Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?


Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.


Wahai Ali...


Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.


Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.


SISI KELABU ALI: *terasa* *hatinya menangis* *pedih*


***


Menulislah Hanya Kerana Dia.


Wahai Ali...


Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?


Awak menulis untuk apa?


Untuk dapat follower ramai?


Untuk dapat komen terbanyak?


Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?


Pernah awak tanya diri awak semua itu?


Lagi, awak menulis untuk siapa?


Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?


Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?


Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?


Wahai Ali...


Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.


Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.


Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.


Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.


Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.


Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.


***


Ketuk Hati Tanya Iman.


Wahai Ali...


Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?


Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?


Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?


Wahai Ali...


Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.


Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?


***


Wahai Ali...


Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya. Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia. Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.


Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan Iman.


Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan.


Biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan Iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T agar apa yang ditulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di Akhirat sana.


Wahai Ali...


Carilah Akhirat dalam dunia.


***


"Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma'annajah!"


SISI KELABU ALI: *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*


SISI PUTIH: Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?


SISI KELABU ALI: *diam*


SISI PUTIH: Ali? Baby?


SISI KELABU ALI: Huwaaaaa!!!!


SISI HITAM: Eh, ni kenapa ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.


SISI PUTIH: *senyum* awak tanyalah dia.


SISI KELABU ALI: Ali dah insaf. Sob, sob *mengesat air mata*


SISI HITAM: Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.


SISI KELABU ALI: Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.


SISI PUTIH: Hehe. Awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.


SISI HITAM: Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.


SISI KELABU ALI: Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*


SISI HITAM: Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.


SISI KELABU ALI: Ali kata tak nak! Tak nak jugak!


SISI HITAM: Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*


SISI PUTIH: Good kid.


***


Sisi hitam tidak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat.


Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredhaan-Nya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah Akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung.


Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari redha Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti dirimu bahagia.


-Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah