Pages

Beza Remaja melayu dan remaja mereka. sumpah tak tipu!


Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Salam dihulur bersama perut yang masih kosong, hari untuk bergotong royong sendirian membersihkan laman ini yg telah lama bersawang gara2 tuannya yang terlalu busy *lah sgt* Syukran jazilan bg mereka yang still sudi berkunjung and bg feedback n jejak dgn ikhlas.sumpah saya terharu! *kesat airmata n hingus* smoga Allah merahmati kalian n terima kasih atas peringatan2 n nasihat2 yg bmakna :)



Apa beza mereka dan kita..? sungguh2 belia berbanggakah kalian..? Siapa kah mereka..? mereka adalah saudara kita yang menderita di sana, saat Basyar Assad dan israel ibarat bermain farmville dgn bermodalkan darah, kita huhahuha disini. Buta. lalai. Angkuh.


dapatkah anda bayangkan jika mata anda setiap hari disaji dengan lumuran darah, adegan maut di depan mata. Setiap hari pasti ada sahaja orang yang dibunuh, statistik bukan skadar menunjukkan angka2 cincai dari 1- 10 setiap hari ratusan yang terkorban masuk bulan April di Syria sahaja 12,600 orang telah disahkan mati syahid manakala yang hilang sudah mencecah 20, 000. Sedangkan kucing kesayangan anda mati pun sudah nak meraung bagai. tetapi mereka disaji dengan kematian orang tersayang setiap hari. masing2 berebut syahid, bertungkus lumus untuk bertemu Allah.


Semasa mereka sibuk mengejar syahid, (ganjaran cash dr Allah kalo nak masuk syurga terus direct) remaja sini sibuk fikir macamana nak gugur janin. Janin bukti cinta mereka yang suci itu. janin yang tidak berdosa. Mereka disana syahid di tembak, di sembelih dan di bom. itu bermakna dan manis. remaja kita sakit di jolok dengan besi2 tajam, pucuk ubi kayu, menyesal x berguna., Oh, Itu Sungguh Manis. *sinis* (kalo nak tgok betapa SEDAPNYA gugur kan bayi tu jenguk ARTIKEL NIH


Sebelum sempat bertemu pasangan hidup, mereka sudah bercinta dengan penantian ajal. bayangkan jika ayah anda pergi mencari nafkah di waktu pagi, siapa tahu di malam hari nya dia tidak kembali lagi, terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Remaja mereka,belum sempat memikir soal siapa jodoh mereka, Mr Right or Mrs. She is the One mereka sudah memikirkan tempat mereka di syurga nanti. Subhanallah.



True story, still dara atau tidak, itu perkara biasa. 'buat selagi tak mengandung' dijadikan alasan untuk terus bergelumang dengan seks luar nikah, tanpa memikirkan kesannya, tanpa berkira2 apa perasaan ibu bapa dan bakal suami kita. asal sedap, seronok sedap, hakikatnya yang kita tahu senang, seronok. Akhirat hanyut. dunia pun tercicir. Pathetic.


hakikat kehidupan seorang pejuang syahid pasti akan maut juga di angkara Kuffar tetapi akhirnya kembali jua bertemu Rabbinya. Adalah agak tidak adil jika seorang kanak2 yang hanya berbekalkan beberapa biji batu untuk dibaling kearah kereta kebal di balas dengan bom yang boleh menghancurkan tembok2 batu. Muhasabah sebaiknya. Ini, sungguh mati yang bermakna. :)


Berbeza dengan mereka, betapa jahilnya remaja Melayu yang kononnya Kompiden mereka itu lah jantan dengan melakukan aksi2 di atas motor. mereka lah hero. merekalah yang paling terer sekali race motor. Dari isya sampai ke Subuh berlumba2 menuju mati. Bila dah mati pandai2 lah jawab Munkar Nakir nanti. masa tu motor x dapat tolong anda lari dari lubang kubur pon.


Remaja palestine menangis masjid mereka di bom, rumah2 mereka ditabrak, remaja Syria menangis dan meraung melihat kakak, ibu dan adik mereka dibogelkan dan dirogol bergilir2 di depan mata. menangis melihat ayah mereka disembelih, menangis melihat tubuh bayi mereka ditembusi dengan peluru.


True story, dah boyfriend kena rampas nangis bukan main lagi. On facebook pastu update. si itu merampas, ini merampas. wahai ukhti ku, kenapa menangisi sesuatu yang Allah dah bagi BONUS tunjuk depan mata bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita. Selagi bukan akad jangan terlalu yakin dengan statement ''You are mine forever lalink~.'' hati kita, bukan milik kita, hati kita Allah yang punya. The only one guaranteed not to break your heart is the ONE who made it.


Pernahkah anda mendengar.. ''jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah belianya pada hari ini..'' kita cuma tahu seronok, indah, berangan2 ttg pasangan hidup, sedangkan masih banyak amanah Islam belum terlaksana. masih terlalu banyak perjuangan yang kita teruskan. Islam perlukan kita lebih dari kita memerlukan air di waktu panas yang terik.


Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah.

– As-syahid Imam Hassan Al-Banna



Mari jadi Remaja yang Ohsem dengan mendekatkan diri kepada Pencipta! :)
itu lagi best, sumpah tak tipu! ^_^b


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah