Jika kita perasan, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Aisyah Humaira nama mereka kurang disebut dibibir2 kanak2 terutamanya perempuan. Sebaliknya mereka lebih banyak menyebut nama2 puteri dalam cerita dongeng bah kan berangan2 untuk memiliki kecantikan mereka dan sifat2 mereka.Happily ever after yang diangankan yang bermula dari kehidupan kelas biasa kemudian datang keajaiban dan akhirnya mereka dapat kebahagiaan di penghujung cerita.
Tahukah kita bahawa wanita2 zaman sahabat, Tabi’, Tabii’in juga mempunyai kelebihan2 seperti itu bah kan lebih lagi. Bukan dari segi kecantikan atau akhirnya berjumpa putera raja kerana anda sendiri tahu bahawa perjuangan Muslimah sejati itu bukan pada kehidupannya semata.Dia bukan memperjuangkan bahagianya, tetapi bahagia Islam seluruhnya.
Sebelum merapu lebih panjang,
mari kita berkenalan dengan watak2 utama dalam entry ni.
Tak kenal maka tak cinta bukan?? =)
BIODATA RINGKAS
Karakter: seorang org gaji yg ditindas akhirnya kawen ngan anak raja
Keistimewaan: bajunya boleh bertukar jadi cantik dan
labu tanamannya boleh btukar jadi kereta
Hobi: suka berangan nak kawen ngan anak raja
Percintaan: akhirnya dapat gak merasa kawen ngan anak raja
Nama: Snow White
Karakter: Lari dari umah dan berjumpa ngan 7 org kerdil
Keistimewaan: bila dia menyanyi smua haiwan seperti tupai,
burung dan mentarang pi tempat dia
Hobi: Suka bercakap ngan org asing sesuka hati dan suka makan epal beracun :D
Percintaan: akhirnya ada prince yang kejutkan dia masa dia dalam keranda kaca
Nama: Sleeping beauty
Karakter: Dia tidur sebab disumpah
Keistimewaan: Oleh sebab dia sorang, satu istana pun dapat tidur gak =)
Hobi: suka tidur tidur dan tidur
Percintaan: akhirnya dia terjaga dari tidur sbb putera raja.
Karakter: Berambut cantik yg sangat panjang
Keistimewaan: X perlu bina tangga bila dah ada rambut dia.
Hobi:seSUKA hati je bagi orang tarik2 rambut dia.
Percintaan: Akhirnya ada seorang lelaki yang selamatkan dia
dari terus menjadi mangsa mereka yang x bertangga.
Mari kita bermuhasabah sejenak...
Sayang2 Cinderella sayang..
Anda mempunyai sifat ketabahan walau diherdik,
Impian dan cita2 yang tinggi
Bahkan bila terus dihina anda masih mampu bersabar
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami lebih tabah menjalani hidupnya
Dia lebih tabah dalam bermujahadah walau
Disinisi oleh masyarakat sekitarnya
Tidak perlu dia mengharap lamaran putera raja untuk membuatnya bahagia,
Kerana dia tahu kebahagiaan itu adalah bersama Ilahi
Kerana sampai bila2 pun baginya kepahitan itu tetap indah
biar dihina dicaci diherdik
Dan bila2 pun dia sanggup bermujahadah dalam kepahitan ini
Walau tiada pengakhiran indah
Kerana Allah segalanya sempurna
Sayang2 Snow White sayang,
Anda memang mempunyai hati yang baik,
Sikap ramah dan bertimbang rasa dengan orang lain,
Bahkan semua disekeliling anda sayangkan anda,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami lebih mulia hatinya
Muslimah kami juga cintakan ukhwah,
Muslimah kami juga suka menyambung tali persaudaraan
Muslimah kami juga bersifat penyayang dan menyayangi makhluk Allah lainnya,
Bahkan Muslimah kami tegas tentang pergaulannya
Dan berwaspada tentang maruah dirinya.
Kerana ketahuilah,
Takkan sanggup muslimah kami serumah dengan mereka yang bukan Muhrimnya.
Sayang2 Sleeping beauty sayang,,
Anda memang seorang yang disayangi
Semua orang menyayangi anda, malahan anda dikurniakan kecantikan, dan hampir segalanya
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami tidak pernah tidur dalam amalnya,
Bahkan Muslimah kami tidak pernah tidur dan alpa dari mujahadahnya
Bahkan seusai lelap malamnya,
Muslimah kami terjaga dengan semangat dan harapan
Harapan untuk memulakan perjuangan yang lebih baik dari semalam
Tidak perlu Muslimah kami mengharapkan pertolongan seorang lelaki
Untuk mendamba cintanya dan menyelamatkannya dari kesedihan
Cukup Allah baginya untuk terus kuat dan tabah!
Sayang2 Rapunzel sayang,
Anda memang dikurniakan mahkota diri yang indah
Rambut yang panjang mengurai itu menjadi aset diri,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami itu indah kerana hijabnya,
Muslimah kami indah kerana tersembunyi menjaga maruahnya
Muslimah kami tidak memerlukan pujian untuk mahkota diri itu,
Kerana Mahkota diri yang indah itu hanya layak ditatap suami
Bukan ditatap percuma oleh lelaki2 asing.
Muslimah kami lebih rela menjadi seperti pohon semalu yang berduri
Dari kecantikkannya dinikmati oleh sang kumbang yang memerhati
Tersembunyi,terpelihara, dan sukar disentuh dan dimiliki
Malah melihat tawadduk dan perlakuannya sahaja sudah cukup
Untuk memanggil kita untuk bermuhasabah diri
Disanalah indahnya Muslimah kami!
Betapa lalainya dunia kita dengan hiburan2 semata tanpa bermuhasabah diri.Kita lebih mengambil karakter2 dari Barat sebagai contohDan berangan2 tanpa menyedari agama kita juga mempunyai contoh yang baik.Sehingga karakter2 ciptaan barat ini sudah menjadi sebati dalam diri kanak2 Islam hari ini.Ketahuilah bahawa, islam itu merangkumi segala aspek dan contoh hidup yang terbaik.
Kita lebih tahu tentang karakter Disney princess yang dongeng belaka dari menyedari Muslimah kita adalah watak terindah yang benar2 wujud!
SEKARANG MANA SATU KARAKTER PUTERI PILIHAN ANDA? =)
6 Hamba Allah tinggalkan jejak :):
kak fatiiiinnn.....
Assalamu'alaikum , sy suka baca bl0g akk.. cter yg sgt menarik .. maafkan sy krn share cter akk tnpa keizinan akk , h0pe akk maafkan sy ..huhu
mga2 impian akk mjadi muslimah s0lehah t'capai, amin insyaALLAH ^_^
@Ibtisam DaemanWalaikumslm adek Ibtisam, boleh je share. milik Allah smuanya. Amiin ya Rabbi..amoga adek jua mnjadi muslimah yg bjaya. :)
salam...btol tu kak..kekdang kita alpa untuk meniru watak dongrng barat..padahal muslimah itu sudah cukup hebat..thanz kak..
mohon share entry2 anda.
ya ALLAH, ade juga hambamu yang berdakwah sebegini. .
entry ini menyedarkan semua . :)
Post a Comment