Pages

Apa beza antara Dai'e dan Artis Korea??

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan penyayang..

sebelum ni saya ada tulis sal artikel beza Muslimah ngan Princess Dongeng maka ini klise nya bagi lelaki. Sebab kenapa..? sebab zaman sekarang perempuan ramai yang dok gila layan Korea sampai lebam. Sebelum tu izinkan saya mendefininasikan apa itu artis korea dan apa itu dai'e

Dai'e: Muslim yang menyebarkan dakwah dan risalah Rasulullah. yang melakukan Amar Ma'ruf nahi Munkar.

Artis Korea: Artis dari korea lah. apa lagi..? korang pernah dengar K-Pop..? (Korea Pop) mereka lah yang taikonya..

Mari kita tengok 5 perbezaan ketara antara Dai'e dan artis korea.

1)Artis Korea mengalunkan lagu2 Korea,untuk kekal mashyur dan diundi di dalam carta,


True Story, kerana mana mungkin mereka bersusah payah, berlatih menari, menyanyi, dan semua usaha gigih mereka.kerana apa..? kerana itu sahaja jalan kemasyuran mereka. Zaman sekarang butuh hiburan. maka 'tenaga' seperti mereka amat2 lah diperlukan remaja,

TETAPI..


Seorang Dai'e sntiasa mengalunkan zikir2..,kalimah2 Allah, seruan2 kepada yang Ma'ruf.Lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan kebaikan, Suara mereka lah juga yang dilaungkan untuk menyeru manusia2 berkunjung ke rumah Allah, bah kan suara mereka lah juga yang mengalunkan kalimah2 suci Al-Quran didalam solat. Suara mereka juga suara emas bukan? :)

2.)Pelakon Korea menjerat hati-hati wanita.


Dan sudah tentu, Pelakon2 Korea sntiasa akan dipilih yang kacak2 belaka, dan melakonkan watak2 yang macho belaka, gentleman, setia dan BOYFRIEND no. 1 dalam carta. dan saya ingin katakan, lelaki se'perfect' watak pelakon korea tak wujud.Yang wujud cuma lah suami soleh yang beriman, yang penting imannnya boleh membimbingmu ke syurga.. sememangnya, arena seni Korea terpaksa mengacu watak itu mnjadi sebegitu sebagai pemanis cerita. so girls, jangan frust k..?

TETAPI...



Sudah tentu para Da'ie itu menjerat hati2 mereka yang lalai kembali semula kepada Allah Taala.
setiap kata2 nya adalah semangat, peringatan dan memuhasabahkan. cuba anda bandingkan cerita cinta Korea dengan program 'Law kana bainana' mana lagi menyentap hati? kalau anda kata cerita korea, ia hanya menyentuh soal cintan cintun, tapi percayalah, jika hidayah anda perolehi, maka ia menyentuh seluruh nurani anda. Kerana Cinta Rabb-mu, lebih besar dari itu :)

3)Artis korea menjadi 'gentleman' dalam percintaan


Suda tentu lah~ director yang suruh, dah namanya berlakon. kalo x romantik sapa nak tengok kan??Maka akan adalah adegan yang sweet gila. yang lelakinya macho gila.. yang perempuan pun leh jadi GILA bila tengok scene2 sentimental macam ni. watak yang cukup-cukup sempurna jika dijadikan prince charming. Absolutely. True Story!

TETAPI...


Lebih berganda2 lah gentleman seorang Dai'e itu kerana dia akan cuba mnjadi imam yang terbaik dalam rumah tangga, contoh terbaik terhadap anak-anaknya,terhadap Mad'u nya dan cuba mnjadi 'Gentleman' dalam perjuangan agamanya.

4) Artis Korea terima awards dari banyak tajaan,


Suda tentu ditaja. bila sudah bergelumang dengan kemasyukran dan jutaan peminat dari serata dunia sudah tentu ramai yang ingin menaja. Banyak lah sesi award mengaward dan pada merka, disitulah pengukur titik kejayaan mereka di area K-Pop segalanya ditentukan dengan carta, anugerah itu, anugerah ini..

TETAPI..


Dai'e tidak pernah dikurniakan award dari manusia, cukuplah award dari Allah yang menjadi pengharapannya,. makanya seorang Dai'e sejati xkan mudah merasa lelah, bosan, dan putus asa. baginya perjuangan dakwah adalah suatu kecintaan. bukan untuk meraih pujian manusia, tetapi Rahmat dari Allah semata.


5) Rakyat malaysia yang berangan jadi artis korea msti kena kutuk.


Jangan saman saya k, saya x kutuk. saya cakap je., True Story. bila ramai yang try wat gaya ala2 korea, mesti kena kutuk. ppuan buat gaya comel macam ppuan korea, komfom kena cakap gedik. lelaki yang nk pakai style korea..? msti kena cakap pengaruh timur bukan?terutamanya bila muncul kontroversi group yang nak buat M-Pop(malaysia Pop) kazen kepada K-Pop (Korea Pop). Ye lah, nak seiring dengan irama k-pop yang hot, bawak skali masuk industri seni malaysia ni. kot2 lah leh kalahkan team girls generation.makin banyak lah yang mengutuk. seriously,x elok korang kutuk lebih walaupun doang sexy.Doang islam, korang pun Islam. baik Muhasabah diri sendiri. :)

TETAPI...



Menjadi Dai'e mungkin anda dikutuk, dihina malah dihentam sekalipun, tetap rasa manisnya berjuang, kerana seorang Dai'e akan cuba mnjadi da'ie di dalam hatinya. rasa pahit dalam berjuang, tetapi manisnya Di beri ganjaran di akhirat nanti.

Betapa manisnya menjadi seorang Dai'e,

walau tidak dihujani populariti,

Tetap dihujani rahmat ilahi,

walau tidak diberi ganjaran.

Tetap berjuang penuh keikhlasan..

walau tidak menempa nama,

Cukuplah dengan ganjaranNya semata..

Indahnya hidup menjadi Da'ie!! ^_^


Mari usaha dari sekarang untuk menjadi dai'e di dalam setiap hati masing2!







22 Hamba Allah tinggalkan jejak :):

Anonymous said...

aSsaLam ya Ukhti..{^_^}..

Sye takla pandai brkate2 dlm hal2 agama ni.. tp sedikit demi sedikit masih trus mencari hidayah dn petunjuk dari illahi.... sukee sngat kate2 yang sungguh bermakna dlm blog nie.. alhamdulillah dbri petunjuk dan peluang untuk sye mencari jalanNya yg terbaik..Dakwah yang dibina ini, walaupun dimata duniawi kita terlihat kecil dn lemah.. tpi kekuatan permata iman yg berharga itu bukn mudh untuk dicemari dn dikalahkan kerana ianya terlalu suci dan besar di sisi Allah s.w.t.. harap di teruskan ye.. smoge berjaye smpai ke pintu syurga.. amin insyaAllah.. jazakallahu khairan kathira..

izzatiaiyah said...

salamualaik

best entry!thumbs up!
ziarah blog sye
http://www.legendarysapphire.blogspot.com/

Anonymous said...

Hahahaha awesome sesangat post nih!

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

cute je lukis.. btw ada mesej disitu..tq

AishahAzli said...

betul la ape sis cakap
anyway memang info yang best ;D

Dahlia3008 said...

comel nya doodle ni :) really nice entry!!

twinkle twinkle said...

menarik entry ni :)

naDhi_islamiC said...

i love pink but nope korean

Happy said...

saye suke entri nie,,,,best2,,,hehehe

Happy said...

saye suke entri nie,,,,best2,,,hehehe

izatty fatihah said...

entry yg mnyentuh jiwa
btw, nife info sis
teruskan b'kongsi yaa :)

ana amrez said...

assalamualaikum admin... firstly solute sebab blog ante cantik sangat... ana pon ada buat blog bersama kawan2 kalau x keberatan boleh ante guide ana untuk mengcherishkan lagi blog kami? http://kamidaei.blogspot.com/

maia haizad said...

salam akak... saya nak minta tunjuk ajar dan nasihat... boleh tak reply secepat mungkin? ke email saya

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

@ana amrezInsyaAllah..syukran sudi berkunjung kemari.InysaAllah saya akan try follow up :)

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

@maia haizadwsalam dek,firstly akak minta maaf sgt2 sbb x sdar mesej adek, masuk kat kotak spam. i hope its not too late. do contact me in fb ya dek :) sorry skali lg.

AtsiLah AnuaR said...

akak boleh x ana copy paste akak punyer post..??

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

atsilah: boleh, amik je. xyah minta izin :)

Anonymous said...

siapa yang mengucap kalimah lailahaillallah, maka dy adalah seorng daie...
so, setiap kite adalah daie...
samam ad kite sedar atau x itu terletak pada kita..dan terletak pada kite jgak untk melaksanakan tugas kite..
so ayuh ! wahai remaja semua jum kte jd remaja yang verstail ! heehee..
ok then, mcmana nak jadi remaja yng verstail..? ha..
pastikan kite fokus pada pelajaran kite supaya kita ad ilmu yg cukup !!

khaliFah_maahad said...

masyaAllah,

bgus2,

perkongsian yang baik dari orang ynag baik.

boleh juga lihat isu artis korea di sini
http://khalifah1412h.blogspot.com/2012/02/drama-korea-jangan-lupa-drama-sendiri.html

Iera balqis said...

nice entry..sye suke cara awk berdakwah dalam blog..keep going..hekhek =)

anyway , done follow here & komen ur entry so awesome..hit me back..please visit & follow my blog..& please give some an ur opinion mey entry also..tq..salam ukhuwah sejati ^^

Anonymous said...

Assalamualaikum..

mula2 sy search kat google untuk mencari maksud daie..tetiba,kluar blog awak..

entry awak sgt menarik..lgpun,sy baru shj mnonton citer korea..dan ia betul2 mnganggu sy..dan sy cuba ingin mmbersihkn hati sy kembali..Alhamdulillah,byak pula blog yg sy buka semuanya brkenaan ttg korea dan Islam..salah satu blognya,blog awak..sumenya scara x sengaja..dan ia sgt mmbantu..

truskan mnyalurkan dakwah..dalam mnjalankn amar makruf,nahi mungkar..moga kita dpt mnjadi sahabat..Uhibbukifillah.. :)

akhir kata,blog awak trsgtlah COMELLL..

Anonymous said...

teeeheee... mnareknyer!! kawaii!! comey sesangt!!! sy share ea... uhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah