Pages

Apa beza Puteri Cerita Dongeng dengan Muslimah kita? :)





Jika kita perasan, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Aisyah Humaira nama mereka kurang disebut dibibir2 kanak2 terutamanya perempuan. Sebaliknya mereka lebih banyak menyebut nama2 puteri dalam cerita dongeng bah kan berangan2 untuk memiliki kecantikan mereka dan sifat2 mereka.Happily ever after yang diangankan yang bermula dari kehidupan kelas biasa kemudian datang keajaiban dan akhirnya mereka dapat kebahagiaan di penghujung cerita.


Tahukah kita bahawa wanita2 zaman sahabat, Tabi’, Tabii’in juga mempunyai kelebihan2 seperti itu bah kan lebih lagi. Bukan dari segi kecantikan atau akhirnya berjumpa putera raja kerana anda sendiri tahu bahawa perjuangan Muslimah sejati itu bukan pada kehidupannya semata.Dia bukan memperjuangkan bahagianya, tetapi bahagia Islam seluruhnya.



Sebelum merapu lebih panjang,

mari kita berkenalan dengan watak2 utama dalam entry ni.

Tak kenal maka tak cinta bukan?? =)



BIODATA RINGKAS


Nama: cinderella

Karakter: seorang org gaji yg ditindas akhirnya kawen ngan anak raja

Keistimewaan: bajunya boleh bertukar jadi cantik dan

labu tanamannya boleh btukar jadi kereta

Hobi: suka berangan nak kawen ngan anak raja

Percintaan: akhirnya dapat gak merasa kawen ngan anak raja





Nama: Snow White

Karakter: Lari dari umah dan berjumpa ngan 7 org kerdil

Keistimewaan: bila dia menyanyi smua haiwan seperti tupai,

burung dan mentarang pi tempat dia

Hobi: Suka bercakap ngan org asing sesuka hati dan suka makan epal beracun :D

Percintaan: akhirnya ada prince yang kejutkan dia masa dia dalam keranda kaca




Nama: Sleeping beauty

Karakter: Dia tidur sebab disumpah

Keistimewaan: Oleh sebab dia sorang, satu istana pun dapat tidur gak =)

Hobi: suka tidur tidur dan tidur

Percintaan: akhirnya dia terjaga dari tidur sbb putera raja.




Nama: Rapuzel

Karakter: Berambut cantik yg sangat panjang

Keistimewaan: X perlu bina tangga bila dah ada rambut dia.

Hobi:seSUKA hati je bagi orang tarik2 rambut dia.

Percintaan: Akhirnya ada seorang lelaki yang selamatkan dia

dari terus menjadi mangsa mereka yang x bertangga.




Mari kita bermuhasabah sejenak...



Sayang2 Cinderella sayang..

Anda mempunyai sifat ketabahan walau diherdik,

Impian dan cita2 yang tinggi

Bahkan bila terus dihina anda masih mampu bersabar

Tetapi ketahuilah bahawa,

Muslimah kami lebih tabah menjalani hidupnya

Dia lebih tabah dalam bermujahadah walau

Disinisi oleh masyarakat sekitarnya

Tidak perlu dia mengharap lamaran putera raja untuk membuatnya bahagia,

Kerana dia tahu kebahagiaan itu adalah bersama Ilahi

Kerana sampai bila2 pun baginya kepahitan itu tetap indah

biar dihina dicaci diherdik

Dan bila2 pun dia sanggup bermujahadah dalam kepahitan ini

Walau tiada pengakhiran indah

Kerana Allah segalanya sempurna



Sayang2 Snow White sayang,

Anda memang mempunyai hati yang baik,

Sikap ramah dan bertimbang rasa dengan orang lain,

Bahkan semua disekeliling anda sayangkan anda,

Tetapi ketahuilah bahawa

Muslimah kami lebih mulia hatinya

Muslimah kami juga cintakan ukhwah,

Muslimah kami juga suka menyambung tali persaudaraan

Muslimah kami juga bersifat penyayang dan menyayangi makhluk Allah lainnya,

Bahkan Muslimah kami tegas tentang pergaulannya

Dan berwaspada tentang maruah dirinya.

Kerana ketahuilah,

Takkan sanggup muslimah kami serumah dengan mereka yang bukan Muhrimnya.




Sayang2 Sleeping beauty sayang,,

Anda memang seorang yang disayangi

Semua orang menyayangi anda, malahan anda dikurniakan kecantikan, dan hampir segalanya

Tetapi ketahuilah bahawa,

Muslimah kami tidak pernah tidur dalam amalnya,

Bahkan Muslimah kami tidak pernah tidur dan alpa dari mujahadahnya

Bahkan seusai lelap malamnya,

Muslimah kami terjaga dengan semangat dan harapan

Harapan untuk memulakan perjuangan yang lebih baik dari semalam

Tidak perlu Muslimah kami mengharapkan pertolongan seorang lelaki

Untuk mendamba cintanya dan menyelamatkannya dari kesedihan

Cukup Allah baginya untuk terus kuat dan tabah!



Sayang2 Rapunzel sayang,

Anda memang dikurniakan mahkota diri yang indah

Rambut yang panjang mengurai itu menjadi aset diri,

Tetapi ketahuilah bahawa

Muslimah kami itu indah kerana hijabnya,

Muslimah kami indah kerana tersembunyi menjaga maruahnya

Muslimah kami tidak memerlukan pujian untuk mahkota diri itu,

Kerana Mahkota diri yang indah itu hanya layak ditatap suami

Bukan ditatap percuma oleh lelaki2 asing.

Muslimah kami lebih rela menjadi seperti pohon semalu yang berduri

Dari kecantikkannya dinikmati oleh sang kumbang yang memerhati

Tersembunyi,terpelihara, dan sukar disentuh dan dimiliki

Malah melihat tawadduk dan perlakuannya sahaja sudah cukup

Untuk memanggil kita untuk bermuhasabah diri

Disanalah indahnya Muslimah kami!




Betapa lalainya dunia kita dengan hiburan2 semata tanpa bermuhasabah diri.Kita lebih mengambil karakter2 dari Barat sebagai contohDan berangan2 tanpa menyedari agama kita juga mempunyai contoh yang baik.Sehingga karakter2 ciptaan barat ini sudah menjadi sebati dalam diri kanak2 Islam hari ini.Ketahuilah bahawa, islam itu merangkumi segala aspek dan contoh hidup yang terbaik.


Kita lebih tahu tentang karakter Disney princess yang dongeng belaka dari menyedari Muslimah kita adalah watak terindah yang benar2 wujud!


SEKARANG MANA SATU KARAKTER PUTERI PILIHAN ANDA? =)



Indahnya Syahid! (wajah2 mereka yang syahid)



Subhanallah!Tingginya Nilai Mati Syahid Di sisi Allah

Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

Firman Allah lagi,maksudnya:

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

Orang Yang Mati Syahid Sahaja Yang Mengharap Kembali Ke Dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)

Keberuntungan di kalangan ahli keluarga yang mati syahid dan orang yang bersungguh-sungguh untuk syahid

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :

“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :

“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)


Wajah Para Pejuang Gaza di Palestin Yang Telah Syahid











Beruntunglah bagi mereka yang menemukan syahid. Subhanallah.

Sumber:HasnulHadiAhmad.Com

Lakaran inspiratif 2

Dengan Nama Allah yg Maha pemurah lagi maha penyayang

Dalam seminggu cuti Raya Haji ni rasanya memang mmbuang masa jika x post entry.Macam lakaran inspiratif 1 yang lepas saya makan kuaci. Kali ni pun saya makan kuaci. Tapi tidak bersama dengan Maggie.kali ni saya ingin berkongsi tentang lukisan kak Eyna Chan yang juga seorang kartunis dakwah. Sepatutnya saya da review bnda ni berkurun lepas.tetapi terlupa lantaran terlalu sibuk dengan kuaci *err*

Kak Eyna lebih bnyak guna kaedah komik berbanding gambar.tetapi bukan komik sembarangan komik. Semuanya penuh mesej dan sangat memuhasabahkan.Inspiratif dan juga mencuit hati. Ada beberapa gambar yang saya da rompak untuk saya kongsikan.

PERHATIAN:TOLONG KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG SIHAT


Anda kritik perempuan x smpurna tutup aurat? Lelaki pun ada aurat gak tau :)



Tidak perlu malu jadi penganggur jika anda bangga berkerja mnjadi seorang Islam 24 jam sehari :)



Apa beza manusia dengan sotong?



Buat peminat IPHONE :P




Couple.? Saranan ustaz A dan ustaz B mana lebih baik?:)



Apa benda yang On time dan x On time?




Bila masa orang selalu pakai tudung.?




Apa perbezaan antara BOSS dan PEMIMPIN..? jawapannya ada disini :)





Kak Eyna pun ada mnggunakan kaedah melukis lakaran gambar skali ngan mesej yang diletak tepi lakaran *huh?* maksud saya yg macam ni:







Juga lukisan2 yang berbentuk dan nasihat2 :)




Menarik kan?ni adalah kaedah dakwah yang ringkas dan unik. Cara yang paling unik untuk mnarik phatian mereka yang ignore tentang artikel2 tarbiyah kerana terlalu panjang dan terus bermuhasabah dengannya dengan hanya mmbaca komik.Bukan semua hamba Allah yang rajin explore tarbiyah di Internet.ada gak golongan yg terus ignore dan tidak berminat.Siapa tahu ada hati hamba Allah yang terus tersentuh dan bermuhasabah dengan hanya sekali klik.Hidayah milik Allah kita Cuma penyeru, dengan izin Allah dalam segala keadaan pun Allah Maha memberikan hidayah pada hamba yang dikehendakiNya.Cuma darimana dan melalui apa semua itu urusan Allah semata.Kita sebagai Islam perlu berusaha dengan segenap cara.Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada mereka.

Boleh review blog n gambar2 kak eyna chan kat
blog eyna-chan89.blogspot.com
Ziarah gak page doodle dakwah di FB untuk lebih bnyak komik dakwah yang bombastik ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah