Pages

kanta lekap @ contact lens haramkah..??

Assalamualaikum sahabat2 Aten..,

walaupun azam untuk mengupdate blog terbengkalai dek kerana demam pasang surut..jari saya naik malas n lenguh menaip dan terlalu kerap blogwalking org lain..mmbuatkan masa cuti semester 4 saya terbuang begitu sahaja T____T

hari ini saya ingin berkongsi wacana ilmiah mengenai contact lens kanta lekap atau pun definisi panjangnya kepingan yg diletak diatas bebola mata bagi menggantikan cermin mata@kaca mata dek kerana rabun.*kamus dewan bahasa murka baca statement nih*

bg mereka yang x pernah nampak mahupun dengar apa itu contact lens..,ini dia contact lens tersebut. =D



zaman yang semakin trendy dan penuh ranggi sekarang ni,dah jadi suatu kebiasaan untuk para remaja*perempuan trutamanya* memakai contact lens yang bermacam jenis warna untuk digayakan.

saya bertanya...

''anda rabun..??''
''x,saya x rabun..''
''habis tu kenapa pakai contact lens..?''
''err..saja2 ramai org pakai,cantik..suka tgok..boleh pilih kaler,coklat,hijau,kelabu pon ada..''
''oo..,kalo pakai sakit x..?''
''x sakit pon,cuma kena tanggal lah sebelum tidow n kena jaga elok2 nnt masuk kuman.''
''oic...''

sekarang mari kita tengok hukum pakai contact lens nih =)

pertama:harus memakai contact lens kerana beberapa masalah kemudaratan rabun contohnya.kemungkinan cermin mata ada negatif effect untuk si pemakai maka contact lens adalah alternatif lain.Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

kedua:haram jika memakainya untuk berhias,hukumnya termasuk sebagai bertabarruj dan sekadar untuk suka2.contact lens berwarna termasuk dalam kategori perhiasan yang masih boleh menarik perhatian ajnabi.

ada dua pulak jenis contact lens yang glamer di zaman ini:

KANTA SENTUH OPTHALMIC:
kanta sentuh yang bertujuan untuk perubatan dan memakainya memerlukan nasihat daripada doktor.

KANTA SENTUH BERWARNA:
kanta sentuh berwarna yang dipakai bertujuan untuk berhias,mangubah warna anak mata dan menjadikannnya lebih besar dan bundar.


*contact lens yang hangat dipasaran kini*


*contact lens bercorak bola(bg pminat bolasepak)*



*contact lens yang bersinar dari jauh(dy bubuh manik kot)*


*contact lens mata rimau(elok2 jadi manusia nk jadi binatang lak =.='')*


*saya x faham style yg ni,konsep sakit mata kot??*



*contact lens berbentuk cd*


*contact lens berkonsepkn airmata dr kristal(sekali kena ragut,dengan biji mata skali tcabut)*



>>>salah kah kami berhias guna contact lens berwarna..?? kami bukannya buat plastic surgery pon..


syarat2 berhias mengikut garisan syarak:

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

>>>saya jawab..''boleh,kalo memenuhi syarat di atas =D(no way to escape)ngee~''

Fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto,

"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.


Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/). 2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/). 3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL: Hukum Contact Lens

Penambahan;

Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.

PERINTAH ALLAH KEPADA WANITA AGAR MENJAGA PANDANGAN MATANYA:

Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."


KESIMPULANNYA: HARAM JIKA NIAT BERTABARUJ~~! ^___^


akibat dari pemakaian contact lens berwarna

konjungtivitis alergi adalah disebabkan radang alergi terhadap contact lens


nak x nak mmg kena bedah lah ni =(



Apabila kanta berkenaan yang sudah dicemari bakteria dimasukkan ke bahagian kornea mata sekali gus mengundang kepada masalah ulser kornea.


ANGKARA KUMAN : Jangkitan kuman pada
kornea akibat penggunaan kanta lekap di mata selepas jangkitan kuman di mata pada pesakit
seorang gadis Melayu berusia 14 tahun.



bagi saya,x perlulah kita taksub dengan perhiasan2 or barang2 kosmetik yg skarang ni.its hide the real you.dimana cantiknya seorang muslimah..?iaitu dari agama ilmu dan akhlaknya..saya lagi suka tengok seseorang tanpa makeup.SEBAB ITULAH SEBENAR2 DIA YANG SAYA NAMPAK.adakah anda cantik..?ya,anda cantik jika anda yakin dengan diri sendiri yang anda mmg cantik.cantik itu skopnya luas bukan..gunakanlah kecantikanmu itu buat tatapan suami yang berhak keatasmu.

SeMuA oRaNg BoLeh mEncubA jaDi cAntik dAri FizikaL
mekap..,dress..,barang kemas kan ada...
TETAPI..
X seMua Orang Boleh cAntik dAri pEribadi..
keRanA...Ia beRmuLa dAriPada Hati..
^____________^


believe me,you are amazing just the way you are~~


nah,petua pakai kontek lenz =p





23 Hamba Allah tinggalkan jejak :):

didi said...

gilalah seram.. :)

cik ah said...

takutnya tngok kesan dr pemakaian "kontek lenz" ni.
terima kasih..info yg menarik.
cik ah pakai cermin mata wktu study aje.....ari2 laen, lebih rela kecikkn mata..

++JihaD UmaYraH++ said...

hehehe.kontek lenz nama timangan tu. =p

Hanna Adzhar said...

salam...nak tanye...macam mne plak dgn org yg rabun pki contact lens yg tidak berwarna...dgn alasan pki spec ni menyusahkan klu nk buat sesuatu aktiviti..terutamanya aktiviti yg lasak..

++JihaD UmaYraH++ said...

wsalam.atas tujuan perubatan contact lens dibenarkan.sekiranya dy terbeban dengan spek mata maka contact lens salah stu cara yg x salah.tetapi perlu berpada2 n kalo boleh mmenuhi keperluan yg perlu sahaja. xperlu memilih yang berwarna. cukup skadar mmudahkan. sbb kalo ea still dapat mnarik phatian ajnabai. hukumnya tetap jatuh tabarruj.

.::: mr IQ :::. said...

perkongsian yg berguna :)

Muna rahimah said...

mohon share :) terima kasih :)

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

tq 4 da info.. padat.. sya rbun 2 la kdg2 t'tnya2 kalo haram ke x kalo pkai

Gee GTG said...

thanks for info~~ saye ni pemakai spek jugak and contact lens.. tapi saye lagi suke pakai contact lens sebb saye ni pelupe.. selalu lupe spek letak kat mane.. lagi2 lepas solat.. dah la rabun ... so saye selalu pakai lens time nak pegi kelas.. spek pakai klu kat rumah..hihi.. lagi satu batang hidung saye ni terlalu rendah.. so klu pakai spek for sure jatuh mengelongsor..cam atuk pon ade.. hihi..so option saye contact lens.. x pe kan??hihi..

++JihaD UmaYraH++ said...

@Gee GTGIts ok kalo camtu sbb atas dasar memudahkan dan tujuan perubatan dan mmg kena pakai pun. :)

sea_lavender said...

syukran jazakallah khairan ats info..
sye bru gne kan contact lens~~ ingtkan senang dan tiada halangan..huhu... alasan ske2 pn tersenarai...colourless shja...jujur tiada niat dan tdk terlintas utk bertabaruj.. Insya-Allah...hanya Dia Maha Mengetahui...erm,lgi pn jrg gne...if g kelas dn event...

Anonymous said...

salam..setuju..info yg padat..jazakillah sis..semuanya bgntung pd niat kan?tp kdg2 niat xmghalalkan matlamat kn? =) mohon share..syukran

Anonymous said...

Assalamualaikum dek . Mintak share ~ :)

Sara Catto said...

As Salam..

Saya tgk terlalu ramai sgt yang pakai sampai kita tak boleh nak tau apa color sebenar mata manusia ni.. Pada saya, saya tak rabun, dan tak perlu lah nak menambah aksesori dengan memakai contact... dah la kena beli... lepas tu terdedah kepada bahaya mcm yang kat atas ni..


lagi pon skrg ramai sgt yang jual dengan harga yang murah.. boleh percaya ke?? mmg patut la ramai terdedah dengan pelbagai penyakit mata bila pakai.. kos buat pon murah.. so jual pon murah..

kalau tak rabun... tak payah la pakai... biar je color anak mata kita tu pada asalnya. kalau hitam.. biarlah dia hitam...

++JihaD UmaYraH++ said...

@Sara Cattommg benar.kanta lekap murah,mutu pun kurang, skrg mmg bnyak kes orang naya sbb kanta lekap murah. kimia n risiko lg tinggi

alyakarim said...

err..takan pakai kalau tak rabun..terpkse pakai sbb rabun teruk..tak suke pki cermin mata..keh3

cik faez said...

sy pon rabun .. guna dua2 benda ni mengikut kepentingan .. tp sllu guna spek la , even pergi kelas pon pkai spek . lens jarang2 , bila perlu baru pakai . lgpun , leceh la kalo pakai lens , mata berair2 , tu y xtahan . huhu

Sang Pencerah said...

Post yg sangat bagus..
:)

Boleh lawat ke blog ni nak tau lebih lanjut berkenaan kanta sentuh..

contact lens said...

macam-macam jenis contact lens ada. yang design sakit mata paling kelakar. penyakit mata seperti dalam gambar tu boleh dielak sekiranya kita mengutamakan aspek kebersihan dan tatacara yang betul dalam pemakaian contact lens

filemtempatanterbaik said...

nice blog

yathi said...

cara pkex gmna ga sakitkah

Anonymous said...

wah bahaya sekali :(

Anonymous said...

salam, izinkan sy utk share hukum tersebut. t.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah