Pages

kanta lekap @ contact lens haramkah..??

Assalamualaikum sahabat2 Aten..,

walaupun azam untuk mengupdate blog terbengkalai dek kerana demam pasang surut..jari saya naik malas n lenguh menaip dan terlalu kerap blogwalking org lain..mmbuatkan masa cuti semester 4 saya terbuang begitu sahaja T____T

hari ini saya ingin berkongsi wacana ilmiah mengenai contact lens kanta lekap atau pun definisi panjangnya kepingan yg diletak diatas bebola mata bagi menggantikan cermin mata@kaca mata dek kerana rabun.*kamus dewan bahasa murka baca statement nih*

bg mereka yang x pernah nampak mahupun dengar apa itu contact lens..,ini dia contact lens tersebut. =D



zaman yang semakin trendy dan penuh ranggi sekarang ni,dah jadi suatu kebiasaan untuk para remaja*perempuan trutamanya* memakai contact lens yang bermacam jenis warna untuk digayakan.

saya bertanya...

''anda rabun..??''
''x,saya x rabun..''
''habis tu kenapa pakai contact lens..?''
''err..saja2 ramai org pakai,cantik..suka tgok..boleh pilih kaler,coklat,hijau,kelabu pon ada..''
''oo..,kalo pakai sakit x..?''
''x sakit pon,cuma kena tanggal lah sebelum tidow n kena jaga elok2 nnt masuk kuman.''
''oic...''

sekarang mari kita tengok hukum pakai contact lens nih =)

pertama:harus memakai contact lens kerana beberapa masalah kemudaratan rabun contohnya.kemungkinan cermin mata ada negatif effect untuk si pemakai maka contact lens adalah alternatif lain.Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

kedua:haram jika memakainya untuk berhias,hukumnya termasuk sebagai bertabarruj dan sekadar untuk suka2.contact lens berwarna termasuk dalam kategori perhiasan yang masih boleh menarik perhatian ajnabi.

ada dua pulak jenis contact lens yang glamer di zaman ini:

KANTA SENTUH OPTHALMIC:
kanta sentuh yang bertujuan untuk perubatan dan memakainya memerlukan nasihat daripada doktor.

KANTA SENTUH BERWARNA:
kanta sentuh berwarna yang dipakai bertujuan untuk berhias,mangubah warna anak mata dan menjadikannnya lebih besar dan bundar.


*contact lens yang hangat dipasaran kini*


*contact lens bercorak bola(bg pminat bolasepak)*



*contact lens yang bersinar dari jauh(dy bubuh manik kot)*


*contact lens mata rimau(elok2 jadi manusia nk jadi binatang lak =.='')*


*saya x faham style yg ni,konsep sakit mata kot??*



*contact lens berbentuk cd*


*contact lens berkonsepkn airmata dr kristal(sekali kena ragut,dengan biji mata skali tcabut)*



>>>salah kah kami berhias guna contact lens berwarna..?? kami bukannya buat plastic surgery pon..


syarat2 berhias mengikut garisan syarak:

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

>>>saya jawab..''boleh,kalo memenuhi syarat di atas =D(no way to escape)ngee~''

Fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto,

"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.


Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/). 2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/). 3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL: Hukum Contact Lens

Penambahan;

Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.

PERINTAH ALLAH KEPADA WANITA AGAR MENJAGA PANDANGAN MATANYA:

Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."


KESIMPULANNYA: HARAM JIKA NIAT BERTABARUJ~~! ^___^


akibat dari pemakaian contact lens berwarna

konjungtivitis alergi adalah disebabkan radang alergi terhadap contact lens


nak x nak mmg kena bedah lah ni =(



Apabila kanta berkenaan yang sudah dicemari bakteria dimasukkan ke bahagian kornea mata sekali gus mengundang kepada masalah ulser kornea.


ANGKARA KUMAN : Jangkitan kuman pada
kornea akibat penggunaan kanta lekap di mata selepas jangkitan kuman di mata pada pesakit
seorang gadis Melayu berusia 14 tahun.



bagi saya,x perlulah kita taksub dengan perhiasan2 or barang2 kosmetik yg skarang ni.its hide the real you.dimana cantiknya seorang muslimah..?iaitu dari agama ilmu dan akhlaknya..saya lagi suka tengok seseorang tanpa makeup.SEBAB ITULAH SEBENAR2 DIA YANG SAYA NAMPAK.adakah anda cantik..?ya,anda cantik jika anda yakin dengan diri sendiri yang anda mmg cantik.cantik itu skopnya luas bukan..gunakanlah kecantikanmu itu buat tatapan suami yang berhak keatasmu.

SeMuA oRaNg BoLeh mEncubA jaDi cAntik dAri FizikaL
mekap..,dress..,barang kemas kan ada...
TETAPI..
X seMua Orang Boleh cAntik dAri pEribadi..
keRanA...Ia beRmuLa dAriPada Hati..
^____________^


believe me,you are amazing just the way you are~~


nah,petua pakai kontek lenz =p





lakaran inspiratif..

Assalamualaikum..

salam dihulur bersama kuaci dan mee segera yang still panas mnunggu untuk dijamah ^^

sedang khusyuk ber fb kuar la kat 'home' tentang lukisan seorang sahabat saya di facebook yang bernama Syabab Musafir Kasih..bukan sekali atau dua kali saya terserempak dengan lukisannya..saya view albumnya..dan setiap lukisan itu menyentuh hati saya..syukran untuk akhi Syabab mengizinkan saya merompak semua khazanah2 lukisannya ini..,ilham dariNya jua..alhamdulillah..

MARI MUHASABAH ^_^








mengikut apa yang saya faham ini koleksi lukisan lama beliau..
dari bertatih begini,.akhirnya lakarannya semakin cantik.practice makes perfect kan..?mungkin anda sendiri boleh cuba berjinak2 dengan melukis..dakwah bukan sekadar ceramah,majlis illmu,.skop tarbiyah itu luas.saya sendiri mula tercuit dengan tarbiyah melalui gambar2 iluvislam di internet.siapa tahu karya anda mampu melembutkan hati2 yang keras.cubalah..! ^_^




lukisan ini lukisan pertama yang mengusik hati saya..indahnya tangisan itu..seorang lelaki yang warak yang menangis..hati seorang lelaki keras..tetapi hati seorang lelaki soleh yg penuh rasa cintanya terhadap Ilahi lembut..,tangisannya itu untuk Rabbi..gambar ni juga pernah jadi profil picture Fatin adilah seketika =p





seterusnya lukisan sukarnya temui muslimah solehah di akhir zaman..lukisan ini
juga sangat inspiratif dan penuh mesej.cuba tengok watak muslimah di gambar tersebut.melalui apa yang saya faham bibir dia cedera dan berlumuran darah,mungkin baru dari pergelutan atau sewaktu dengannya *wordless,saya bukan anak seni*.background tentang kebinasaan..,nampak agak dramatik.tapi realitinya memang ada.renungkan sahaja di Palestine,Kashmir,ramai muslimah sebegini.negara dijajah dan Islam ditindas.tetapi mereka tidak ketinggalan berjuang disisi mujahid.semoga lukisan ini menjadi inspirasi para mujahidah untuk terus mujahadah.Allahu Rabbi..




lukisan ni boleh saya fahamkan dengan istilah ada syabab soleh sedang menantimu..saya selaku anak bukan seni tak tahu hurai lebih panjang..tentang lukisan ni.tanya sendiri pelukisnya ya. =) tapi yang buat saya terus tersengih persoalan2 yang bermain di kepala saya tentang ikhwah didalam gambar ni.duk tersengih tepi tingkap ngah kemaruk kot..=p walau apa2 pon lukisan ni memang benar,Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (Syurga) (Qs. An Nuur (24) : 26).



ibu..kau disayangi kerana menyayangi..memang benar. =) manakan terbalas jasa ibu.bila terlihat gambar ni saya terus rindukan ibu saya yang nun jauh di sabah..mama..,Dermatasiah Hj Othman..kau disayangi kerana kau menyayangi.. =')




kerana takdir telah menentukan..gambar ni saya nmpak mungkin di publish pada hari ayah..tetapi x bermaksud gambar ni untuk menyambut hari ayah ya..*diadaptasi dari kata2 kata si pelukis* gambar ni buat saya hampir menitiskan airmata.manakan hati si anak kecil itu mengerti,kecil2lagi sudah diuji..subhanallah..,moga Allah merahmatinya..sayangi ayah anda sementara dia still ada di dunia ni...



gambar ni tentang suami isteri yang bermahabbah kerana Allah..subhanallah..indahnya ikatan ini..smoga Allah merahmati keduanya..kerana Allah aku cinta kepadamu..





dalam dakapan siapakah lagi kalau bukan dalam dakapan suaminya..?gambar ni bila di view dari blog dari tajuk entry Hatiku Sudah Dimiliki..zauji,bimbinglah pasangan rusukmu sebaiknya janganlah kau memaksa untuk meluruskan rusuk yang bengkok itu,kelak ia akan patah..,jangan pula kau membiarkannya terus bengkok,bimbinglah pasangan rusukmu itu sebaiknya.. =)



mujahidah buat mujahid..gambar ni dalam bayangan saya seorang niqabis yang baru nikah,semasa atau sebelum..*sukahati je wat ksimpulan* tp yang penting saya sukaa..=D





fabiayyi alaa irabbikumaa tukazibaan'' diadaptasi dari surah ar Rahman..sungguh comel bidadari diatas.adakah anda teringin menjadi bidadari?bukan bidadari di syurga..,tetapi bidadari di dunia yang dcemburui bidadari2 syurga..siapa dia bidadari dunia..?iaitu wanita solehah yang hatinya,darahnya,hidupnya untuk Allah.adakah anda bidadari itu..??jikalau ya,saya turut mencemburui anda.. =)





gambar ni memang membuat saya tersengih seketika..nakal jugak ya danish kamu tarik janggut abah..*sukahati je wat dialog* =p baiti jannati..idaman qalbi saya..imam yang bakal jadi pemimpin,baby comel2 yang bakal mnjadi mujahid dan mujahidah..keluarga penuh mawaddah sakinah wa rahmah..usrati jannati..ya Allah..perkenankanlah =')




seorang pemuda penghuni rumah Allah..ya Allah..,indahnya dunia jika ramai pemuda Islam sebegini..,yang tangisnya untuk Allah,yang cekal dan keras tika berjuang..,tetapi lembut hatinya tika menghadapMu di tikar sejadah..lukisan ni sangat menyentuh hati saya..Islam merindui para mujahid dan para syuhada.. =')



kenapa aku diuji.?kerana Allah masih sayangkanmu...''memang benar..,kadang2 kita terlalai dari mengngatiNya..,tetapi Allah uji kita agar kita kembali padaNya..bersyukurlah kamu kerana diuji..

kadang2 kita marah dan kecewa..takdir tidak adil bagi kita..tetapi setandingkah ujian kita berbanding ujian para nabi dahulu..?setandingkah ujian kita dengan rasulullah.?tidak sama sekali..jangan mengatakan anda sudah beriman selagi tidak diuji..=)

Allah menguji kerana Dia masih sayangkanmu.. <3


tu jelah lukisan2 yang berjaya saya explore..ramai juga plukis yang saya jumpa lukisannya..,tapi saya x pasti mana stu lukisannya..examplenya lukisan ukhti Qalam mardhatillah..tetapi saya x mampu jejak smua lukisannya juga dari sahabat2 juang di facebook yang lain..saya akan terus jejak dan jejak.sekiranya ada lagi saya akn kongsikan di sini.smoga Allah cekalkan hati kalian untuk terus berkarya..Allahu rabbi..

Nah lukisan Fatin adilah..ada bakat x..? =p






syukran jazilan kerana membaca~!! ^_______________^



tentera Yahudi memperkosa wanita Islam!


Gambar menunjukkan salah seorang daripada wanita-wanita Iraq yang menjadi mangsa tentera Amerika.

Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

---------------------------------------------------------------------------------------
Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas].

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT.


Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah
memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu,kakakmu,atau ibumu diperkosakan.!!

Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

-------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak
mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini.


Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidak dipedulikan.

Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?!!


Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh,

seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintu pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini."

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?

BANGKIT MUJAHIDIN! BANGKIT BERJIHAD!!!

Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"
http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Abu_Ghraib



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah