Pages

Bagaimana akhirnya saya bertudung labuh dan berniqab (based on true story. :) )

Ini bukan kisah awan dania, mahupun Transformer si robot kuning langsat.=.=’’

Baca je tajuk ni msti macam2 respon kan..?

‘’eleyh..macam dia sorang je pakai niqab n tudung labuh..’’

‘’diam2 sudah la..org lain pun ada pakai..’’

‘’ko share stu dunia pun ko dpt apa?’’

‘’ko dah khabisan idea nk post entry kat blog usang ko ke? “

‘’ko nak sgt makan kuaci? *err*’’


Sekiranya korang manusia yang berfikir..diam,muhasabah,n baca shingga habis.maaf sbb saya bukan tergolong dlm akhowat yang indah tutur kata ayatnya,sungguh tersusun dan bermadah penuh karisma (seriously,saya sgt lemah bahasa melayu) apa yg saya kongsikan bukan entry suka suki mngnai apa yang saya buat,apa saya makan,saya pergi mana,saya nk membengang ngan sapa.dan sewaktu dengannya..sekali lagi saya tegaskan dari pihak kerajaan,ini bukan entry sukasukinakpostbagiberatbelog.


Saya membesar dalam keluarga yang sederhana.ibu saya bukan ustazah,ayah saya bukan seorang ustaz.Tapi mereka adalah ibubapa yang terbaik.Meskipun saya bukanlah seorang yg berdisiplin dan anak yg nakal,berkat kesedaran pentingnya AdDeen dlm hidup,mereka menghantar saya kesekolah agama.sehabis sahaja saya amik upsr,saya ditawarkan masuk ke SMKA LIMAUAN KIMANIS.



Guru2 saya adalah guru2 yg baik, mereka tegas tentang solat berjemaah,phayatan agama yg cukup,tetapi saya?? Sungguh.. mesti anda bayangkan saya adalah pelajar cemerlang 5 bintang dan harapan sekolah? *prasan* TEET! Anda salah.saya benci peraturan sekolah! Masuk tingkatan satu saya kena pakai stoking. Saya kena pakai tudung labuh, sarung lengan jangan harap. Saya malas nk pakai. Saya juga lah student yang kerap escape masa tadarus.Dan saya student yang selalu didenda sbb x pakai stoking. Ya, saya akui saya agak nakal dan mmberontak.jiwa mmberontak berkobar2 dalam diri saya. Setiap peraturan saya nak langgar.sesal x berguna, smpai skarang saya tercari2 suasana itu :’)


Tudung saya ON-OFF. Dalam skolah pakai tudung labuh.luar skolah saya kadang2 free hair. Alasan saya? BELUM BERSEDIA NAK BERUBAH SCARA DRASTIK..NAK BERUBAH SLOW2..saya berlanjutan berkeadaan sebegitu sampai saya form3.


Saya ingat lagi bila saya terlibat dalam lawatan sambil belajar ke Ranau(area gunung Kinabalu tu) smua senior saya pakai blouse,saya? Saya pakai longslive ketat. Sampai saya dijeling2 oleh senior saya.saya akui agak dasyat juga pemakaian saya pada waktu itu. Naik bas tullis SMKA LIMAUAN. Tp turun dari bas,studentnya ada pulak seperti saya?beberapa kali saya ditegur. Tetapi saya buat endah x endah.mungkin teguran mereka agak kasar. Atau mungkin sbb saya ego. J



Sehinggalah suatu masa semasa saya form3. Pada harijadi saya,saya dihadiahkan pendrive.Dalam pendrive tu ada artikel2 agama,gambar2 islamik iluvislam,koleksi lagu nasyid.saya tersentuh dan saya baca satu persatu.Dan kelakarnya itulah kali pertama saya dengar dan amati lagu nasyid smpai habis.pada awalnya saya malas nak baca sbb saya x layan bnda2 tarbiyah mcm ni. Tapi semakin saya simpan pendrive tu,smakin hati saya meronta2 nk explore.Akhirnya smpai stu malam saya terbaca stu artikel. Mngenai betapa Allah mngangkat darjat wanita yg mnjaga agamanya.Betapa Islam melindungi wanita,betapa mulianya darjat wanita solehah disisi Ilahi. Pada waktu itu saya sedar, betapa saya sebagai wanita Islam tidak bersyukur.Islam menjaga saya tetapi saya sendiri hipokrit dalam mnjadi Islam itu sendiri.saya menangis. Hati saya x tertahan menahan sebak.saya baca artikel itu berkali2..dan setiap kali saya baca setiap kali itu jugalah saya menangis. Ya! Saya teringin untuk mnjadi wanita yg diredhai. Tapi saya rasa saya tak layak. Terlalu jauh saya dari mereka.Saya malu dan cemburu setiap kali saya terpandang mereka yg istiqamah mnjaga jilbabnya.


Kadang2 saya rasa down, tetapi dlm masa yg sama Allah sntiasa pertemukan saya dgn ilmu2 baru. Seakan2 Allah mnyambut doa saya dan mmbantu saya.Sungguh saya rndu proses permulaan tarbiyah. Rasanya cukup manis. Dan ketika saya mengenang kmbali proses itu ketika ini, saya rasa sebak. Saya tercari2 orang yang boleh bimbing saya dan motivasikan saya. Tercari2 orng yang boleh ajar saya pakai tudung labuh. Saya paksa diri saya untuk patuh peraturan sekolah.mula2 saya rasa rimas. Lama kelamaan saya terbiasa.sehingga satu masa, saya tidak rasa selesa keluar rumah tnpa stoking dan tudung tidak menutupi dada.


akhirnya setelah cuba istiqamah memakai stoking dan melabuhkan tudung menutupi dada. Saya memulakan fasa baru iaitu ingin menyempurnakn lagi penutupan aurat saya dengan tudung labuh.Maka saya bersungguh2 untuk memujuk mama saya membelikan saya tudung labuh bidang 60.akhirnya saya bertudung labuh. Tetapi ON-OFF juga. Keadaan itu berlanjutan sehingga saya meduduki SPM pada tahun 2009. J


Saya mengaku pada awalnya saya diperlekehkan dan digelar ‘trip alim’ ‘puteri skema’ dan macam2 lagi ejekan yg dilemparkan kepada saya.tetapi saya telan saja dan yakin apa yang saya buat ini betul.saya cuma tersenyum bila dituduh hendak menunjuk2 kealiman saya dan berlakon suci.tetapi saya yakin apa yang saya buat. Saya pertahankan prinsip saya bila mereka mula mnghasut saya dan menuduh saya kolot.Saya mampu menelan segala macam sindiran pedas mereka dan kritikan sinis yang saya berpura2 baik, berlagak solehah,. Tetapi kadang kala saya teruji bila suatu keadaan saya terpaksa jua tinggalkan tudng labuh saya. Dan betapa lemahnya saya,akhirnya saya menangis.Tetapi lama kelamaan sindiran dmi sindiran yang bertubi2 akhirnya mereka pasrah juga dgn keadaan saya macam ni. Kdegilan saya telah mnjadi sebati dgn mereka akhirnya.Alhmdulillah Allah lembutkan hati2 mereka. J



Sehabis sahaja SPM, saya terima tawaran belajar dari International Islamic College dalam Pengajian Islam.Syukur Allah berikan saya rezeki ilmu ini.Di IIC inilah saya memulakan proses tarbiyah saya scara perlahan2.Tarbiyah yang byk saya tinggalkan swaktu bersekolah dahulu.saya berusaha sedaya upaya untuk menebusnya kmbali di IIC.maka saya rajinkan diri saya untuk terlibat dlm program2 ilmu.,saya kutip smaksima mungkin artikel2 tarbiyah.Dan berkawan dengan mereka2 yg rajin ke majlis ilmu.Saya hadam setiap ilmu itu perlahan2 dan skali dengan pnghayatan saya cuba hayati satu persatu.


Dan akhirnya setelah dimotivasikan oleh senior2 yang berniqab,ligatnya tangan saya untuk search pngalaman2 memakai purdah dari akhowat lain,dan kajian demi kajian dari segi khilaf dan hukum,akhirnya saya kuatkan diri saya untuk memakai niqab. Sekali lagi saya bina kkuatan smula.,dan memujuk kedua ibu bapa saya. Purdah itu sunat, perintah ibu bapa itu wajib.berkat restu mama dan babah,akhirnya saya berniqab.

Saya bertudung labuh bukan bererti saya terbukti saya solehah,

Saya berniqab bukan bererti saya terbukti solehah

Ketahuilah,saya hamba hina yang masih tercari2 cinta ilahi yang masih sirna digenggaman saya.

Ini proses tarbiyah saya pilih dan saya yakin dengannya..

Saya masih berusaha untuk mnjadi wanita solehah,

Meksipun saya tahu saya tidak layak untuk mnjadi wanita2 yang diredhai disisi Ilahi itu.

Saya mungkin tidak sesolehah mana,

saya tidak layak digelar wanita solehah,

Tetapi Allah sntiasa akan bantu hamba2 Nya,

Yakin! Janji Allah itu benar!

Dan sampai bila2 pun..

Saya harap saya sntiasa berada di jalan ini walau betapa jahil dan buruknya saya..

Kerana saya tahu,

Betapa pun jahil dan hinanya saya

Allah akan sntiasa mmbantu hamba2 Nya

Yakin dan Yakin! Kasih sayang Allah itu tiada bertepi. :’)

NASIHATKU KEPADA KALIAN…



Kepada akhowat2 niqabis dan akhowat2 di jalan tarbiyah yang lain..

Jangan kau dongak wajahmu kelangit, belum tntu yang berniqab dan bertudung labuh itu sempurna amalnya..belum tentu nilai solehah dalam pemakaianmu mewakili solehah nya iman dihatimu. Tetapkan hati untuk terus berubah dan bertarbiyah. Solehah itu bergantung pada iman dan hatimu,bukan pada niqab dan tudung labuhmu.,bimbinglah saudari2 seislam mu itu untuk terus bertarbiyah. Jangan jadikan golongan kita dan mereka dua golongan yg berbeza. Dekati mereka dan berkongsi ukhwah dr hati ke hati.Kita tetap dalam ssuatu phitungan.belum tntu bgkit belum tntu rebah.teruskan bertarbiyah dan perbaiki diri.jangan berhenti sehingga Allah mnjemput kita bertemuNya nnt.


Kepada2 pendakwah..

Ketahuilah bahawa,kritikan terhadap mereka yang mendedahkan aurat bukannya stu jalan yg tbaik dgn hntaman dan sndiran sinis smata2..sungguh hawa dicipta mmpunyai naluri dan rasa hati yang lembut..bertegaslah tetapi jangan tidak diiringi dgn phyatan. Sungguh, sentuhlah kelembutan hati itu dgn motivasi dan kata2 berbaur smangat untuk berubah..beri mereka pnghayatan un tuk berubah..kita Cuma penyeru, bukan pmberi hidayah. J


Kepada mereka yang ingin berubah..,

Jangan kalah dan rebah jika diuji dengan kritikan, yakin Allah berada disisi..teruskan mncari penghayatan dan perbaiki diri.sungguh bukan manusia yg menilaimu, pndangan Allah lebih utama. Sesungguhnya, tiada perkara yg mustahil jika Allah inginkan. Jika kmu berusaha di jalanNya, Dia pasti akan menolongmu.teruskan mnghayati dan teruskan berusaha.Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. :’)



Saya sentiasa akan mengalu2 kan dengan tangan terbuka bagi mereka yang inginkan targhib dan sokongan dari saya. Saya sntiasa ada disini menanti saudari2 lain yang memerlukan sokongan dan motivasi. Kerana saya sedar,betapa peritnya proses tarbiyah tnpa sokongan dari sahabat2..kerana saya sendiri melalui fasa2 itu.saya faham situasi anda,kita tetap saudara seislam samada kenal atau tidak.bagi ukhti2 yg ingin berubah,saya alu2kan ukhwah kita dengan tangan yang terbuka.Mulakan perubahan perlahan demi perlahan. With Allah,everything is possible.





52 Hamba Allah tinggalkan jejak :):

cik ah / fatihah said...

salam ukhwah saudari....entry yg luar biasa hebat...dr pnceritaan saudari kita mmg ada sedikit prsamaan....ttp, saudari lebih kuat mghadapi mehnah ujian disekeliling...tahniah..
skrg, ana pn tngah brjuang utk mnjd seorang muslimah sejati walaupun bnyk onak duri yg trpaksa ditempuh..tdk kuat rasanya utk ana tempuh hidup ini tanpa kehadiran hamba ALLAH spt saudari...melalui blog walking la ana bljr & mengetahui lebih mndlm ilmuan islam ni...panjatkan kesyukuran kpd ALLAH krn pegang "hati" ana utk berubah dr terus lalai dgn kemanisan dunia yg sementara...

raise to rise the future said...

nice artikel...nie pgalaman diri ke ape??moge tros istiqomah n memperbaiki kelemahan diri kita....kullu bani 'adam khoto' wa kheir khoto'un attawabin..haiya nadkhulu aljannah bitareeq adda'wah wa bimardhotillah............

Anonymous said...

like...

Anonymous said...

ukhti..entry yang sangat bagus...saya masih dalam proses melakukan perubahan untuk menjadi muslimah yang sejati.bolehkan kiranya ukhti memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya kerana saya tidak mempunyai ramai sahabat yang mamapu membinmbing saya...

Miss Aisy ~ said...

salam . nice entry , selalunye pgalaman sendri lebih menarik daripada cerita orang lain . Akak pon lebih kurang macam awak jugak , dan tak berubah secara drastik . Em , ape2 pun , semoga istiqamah ye :)

Anonymous said...

salam,
ana suka jalan hidup enti..
jika tidak keberatan, boleh ana tau email address enti?
thanks.

Hidayah said...

ya Allah, macam same je dgn kisah saye.. saye berubah pakai tudung labuh sebab "terjumpa" lagu nasyid Mawaddah (kalau tuhan dikenali) kt dlm laptop saye n "terbaca" i luv islam..alangkah indahnya hidayah Allah..semoga terus istiqamah ukhti :)

AJ Basboussa said...

Naratif yang bagus. Nampaknya kita sehaluan. Banyak ujian dan dugaan bila kita berniqab/berpurdah. Namun kita mencari redha Allah. Rasa lebih terpelihara. Semoga kita istiqamah dalam melaksanakannya. Feel free to read my entry about pandangan masyarakat terhadap wanita yang berniqab ni di springonheaven.blogspot.com/2011/11/wajah-yang-tersembunyi.html
Tq

Anonymous said...

Salam..

Tahniah Fatin kerana telah melalui proses penghijrahan yg amat baik disisi agama Allah swt.. sir doakan agar Fatin terus berjaya dlm kehidupan duniawi mahupun ukhrawi.. Jadi puteri muslimah yg baik.. Jg diri dan keluarga.. InsyaAllah yg mendatang pasti dibawah lindungan Illahi..

Sir Fazdly
Guru SMK Agama Limauan

As said...

Subhanallah wal hamdulillah.

Labuhnya tudungku tidak bermakna mulianya diriku. Aku juga sepertimu masih mencari-cari cahaya. Moga yang labuh itu mampu menjaga diri, menuntun tiap geri dan melindungi.

Doakan untuk As juga, moga Allah beri faham dan kekuatan hati...

Anonymous said...

asalamualikum ya ukhti..........pgalaman ukhti lbih kurg sperti sya...apepon smoga kita sentiasa sabar dlam mrnjadi muslimah sejati....saya sebenarnya tringin nak berniqab tetapi ntah la.....setelah difkirkan balik sya x brani..takot2 bila ada kritikan org sya hati sya goyah untk memakainya.....di sini sya mintak pendpat ukhti tentang masalah saya ni....sekian wallualam

Haura Haseena said...

subhanAllah !

teruskan berdakwah ukhti ;)

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

syukran jazilan atas perkongsian dari antum jua.jangan risau jika berada di jalan Allah pasti diberi kekuatan. sekiranya ada pape boleh inbox saya n kita akan berkongsi dengan lebih detail jika memerlukan saranan. InsyaAllah. :)

- musafir. - said...

subhanallah.nak pendrive tu boleh?nak bagi dekat kawan2 sy. =D

i_am_the_missbabble said...

salam ukhuwah =)

tentang last paraghraph tu sangat menarik hati kecil saya untuk terus follow blog ini kerana saya yakin saya akan dapat menguatkan lagi azam saya untuk berhijrah dengan terus menambah ilmu dari blog ilmiah ini..saya masih baru dalam proses perubahan ini, mohon semangat dan dorongan =)

nswjd said...

Salam wbt, lepas baca entri adik ni, rasa nak menangis, tersentuh dengan entri2 adik, sangat2 realiti, informasi dan menyentuh jiwa, tahniah diata perubahan adik, semoga hidupmu sentiasa diredhaiNYA,

Anonymous said...

Baguslh fatin, doakn norisz pn berubah mcm fatin...

Anonymous said...

Mintak izin untuk print..terima kasih..

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

@Nur SaxoniSyukran jazilan kak, semoga Allah terus menguatkan hati kita utk terus bertarbiyah :')

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

@Anonymousamiin, InsyaAllah..amiin.. :)

✿✿JihaD UmaYraH✿✿ said...

@AnonymousBoleh print, silakan :)

Anonymous said...

sayangnya rasululah kepada umatnya
sanggup berjuang menegakkan islam,
rela dihina, dicaci dikeji,
demi memperjuangkan islam..

islam agama yang mualia,
agama yang memuliakan semua mahluk,
agama yang tidak membezakan antara manusia dan kaum...

wahai wanita..
wahai gadis...
wahai muslimah..

islam satu-satunya agama yang menaikkan martabat kaum wanita..
agama yang menghormati wanita..
agama yang membela nasib wanita..

demi seorang wanita juga turunnya wahyu
wahyu untuk membela nasib seorang wanita yg beriman..
alangakah beruntungnya wanita..

tapi sayang..
wanita kini tidak pandai menghargai..
tidak pandai menilai..

martabat, maruah yang dipandang tinggi..
kini rela dipandang rendah..
rela dipandang hina..
sanggup kembali..
kembali pada zaman yang tidak menghargai mereka,..

ruginya wanita..
wanita yang menyamakan diri mereka seperti wanita zaman jahiliah..
rela menjadi hamba kecantikkan
hingga terlupa..
pada zaman dimana wanita tidak dihargai..



p/s
nikmat islam hari ini hasil dari titik peluh rasulullah dan sahabat
kenapa kita sanggup menjadikan wanita jahiliah sbg idola
tudung bersanggul tinggi
kaki berloceng kaki
mata berwarna-warni
wanita jahiliah jew yang mengamalkan sume 2
zaman dimana wanita dianggp hina,dijadikan pelacur semata-mata
kenapa tak menghargai agama yang menghormati wanita?
kenapa sanggup melupakan ajaran islam demi menjadi HAMBA kecantikkan??

jangan kejar kecantikkan dunia
tapi
kejarlah kecantikkan akhirat..
kecantikkan yang kekal..

simple muslimah said...

subhanaAllah...ukhti hbat..moga istiqamah ye...^_^...n one more...blog yn cntik n mnarik..i like

~A.F~ said...

salam...memang sikap manusia ni kita tak boleh nak andai semata-mata..ya hati..itulah yang plg tepat sbnrnya..hanya Allah shj yg memengang hati2 kita..thanz akk sbb sudi kongsi citer akk..sy ni msh mentah kak dlm dunia blog dan pancaroba duniawi....sy harap dpt berkonsi kisah pada akk..

Unknown said...

Assalamualaikum. ukhti, seronok bila baca tulisan ukthi.. tahniah- semoga ukthi diredhai ALLAH..

kisah ukhti,telah mengingatkan sy kpd sahabat2 yg membuatkan sy akhirnya bertudung labuh. sayang mereka kerana ALLAH...


suka utk sy kongsikan perasaan pertama kali mengenakan tudng labuh,.. xdpt nak dgmbrkan , rasa damai, dan selamat :) hampir 2 semester mengenakan tudung labuh, kini sy benar2 jatuh cinta dgn tudung labuh..
wpun pada awalnya saya tidak disokong, ada yg beri kata2 negatif, saya terima dengan senyuman, hanya ALLAH yg tahu... kerana saya tahu, sy bukan pelajar sekolah agama,tp alhamdulillah... bertudung labuh bukan utk pelajar sekolah agama shja tp untuk smua muslimah ... its ok, remember the past, plan for the future.. sy ingt apa yg mereka katakan.. i dun care.. ini jalan yg saya pilih..

terima kasih atas perkongsian, ini --- semoga kisah ukhti menjadi inspirasi kpd mereka yg ingin berubah...

sayang kerana ALLAH ...

Unknown said...

salam..masyaALLAH..awak sgt kuat..sebenarnya saya ada berniat nak bertudung labuh jugak, tp saya tak sekuat awak..doakan saya kuat ye awak..entry awak yang ni sedikit sebanyak bagi kekuatan untuk saya..saya juga tercari2 orang yang boleh memotivasikan saya..seperti yang awak katakan, jika kita berusaha di jalanNYA, ALLAH pasti akan tolong..insyaALLAH..salam ukhwah =)

Anonymous said...

ya ukhti, assalamualaikum. betapa bertuahnya anta kerana memiliki hati yg baik. ya ukhti, ana punya hal, jauh sekali bezanya dgn anta. ana sgt goyah pegangan agama, cukup goyah. ana sering tinggalsolat, kdg2 secara sengaja. hati ana, ana sudah rasa xlayak memiliki ruangan putih lagi. ana jahat. jht sgt. nak tahu, ana cuba ubah diri sendiri dgn cara 'start dr luar' . ana mula pakai socks, handsocks, n tudung yg lebar dr biasa. bg ana, biarlah luaranku menjadi sesuatu penghalang utk aku berbuat jahat. lagipun org kata, xpe, buat je dulu. lama2 insyaAllah kalau ikhlaskan hati, akan berubah jua. ana dah usaha, cuba berubah. namun ana x dpt istiqomah. ana kdg2 rasa, "ahh aku dah jd mcm dulu, so what's the point pakai mcm ni?" but then ana x ubah, sbb ana xnak org pandang ana sbg org yg xguna. so skrg ni, apa pendapat anta dlm kes ana. 1 - mcm mana ana nak istiqomah sedangkan ana sendirian dlm hal mcm ni? keluarga ana bkn da'ie yg baik. ana dpt ilmu agama apabila ana masuk sebuah sekolah ni. 2- apa patut ana lakukan, ana dah burukkan nama org bertudung labuh, patut kah ana kembali pada tudung biasa? 3-ana teringin sgt2 jd wanita yg benar2 solehah, tpana malu, sbb ana mmg dah hina, keji di mata rakan2 semua. ana tawu, "anta mesti akan ckp, xpe, asalkan Allah tahu hati kita." . mcm mana ana nak 100% abdikan seluruh jiwa dan raga kpd Allah? ana byk lakukan sesuatu kebaikan , perubahan utk manusia. kepentingan dunia. sungguh, ana kecewa dgn diri sendiri. ana kecewa kerana ana xmendapat hidayahNya :'(

Anonymous said...

Bismillah Alhamdulillah...

Sememangnya hidup di Sabah.. cabaran itu berbeza berbanding bermukim di semenanjung.

Situasi dan environment nya memang berbeza. totally!!

Apa yg berlaku berdasarkan cerita ini, ana yakin suatu kisah benar.. andai kiranya. kerana perkara yg sama berlaku pada diri ini.. cuma jalan juangnya berbeza.. namun dri sumber yg sama (Allah).

InsyaAllah... moga Hidayah yg kita peroleh itu kekal..dan diberi kekuatan untuk membantu terutamanya insan yg memerlukan guidance dalam mencari kemanisan Islam. ~nature mujahid

marsitahsulaiman said...

Assalammualaikum..SubhanALLAH baru hari ni jump blog awk..Allah gerakkan minda sy utk gerkkn jari ke blog awk..

sy sendiri dlm proses utk berubah..baru mencuba istiqamah dalam memakai tudung..perbaiki solat..

sy takot sy tidak begitu kuat utk menghadapi kritikan..sy harap dpt mnjd slh seorg sahabat awk..

abuyusof said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abuyusof said...

tahniah,
saya doakan awak kekal istiqamah dan mendapat berkat serta rahmat sentiasa..(pls ignore my previous comment)

Qis_Safiyyah said...

Salam...
Saya berasa sgt terharu m'bacanya..saya juga berharap semoga suatu saat nanti,saya mampu mentransformasikan diri saya spt saudari..Insya-Allah...Uhibbuki fillah...

Anonymous said...

salam 'alaiki, ukhti.
mabruk atas perubahn ukhti.
semoga kekal hingga ke akhirnya.
saya nak tanya sesuatu{harap tidak menyushkan)
ada seorg adik ini, dia merupakn pelajr sekolh menengah dan berminat untuk berniqab.
dia menanyakn pendapat dari saya ttg itu.katanya, pastinya di sekolah tidak dbenrkn berniqab.
saya tidak berniqab, dan tentunya tidak tahu cara memberi penjelasan mahupun pendapat.
bagi ukhti sendiri, bagaimana?

jazakillah ya ukhti. :]

Noor Hafizoh binti Abdul Salam said...

salam .. sungguh indah n trsentuh ana mmbaca entry anti .. ana pon niat untk brubh ,, tp bla ana fkir prsekitaran ana ,, ana arasa tkot n mlu ,,ana tkot dgn tohmahan kwn2 ana,, mcm 2 la .. ana x brsedia .. tp hti ana mmberontak untk brubh bla ana fkir akn dosa ALLAH brikan pda ana ..

cahaya khaulah said...

asalammualaikum..wow! coretan yang sangat menarik..btw SAYA SUKA CORETAN INI..~_^..+_+..

skk said...

suke la entry ni..xrmai yg nk brubah kearah kbaikan, tp tlh dbri hdayah utk brubah..=D

Nur said...

Assalamualaikum.. ska baca :) & sya adalah golongan yg ingin b'rubah.. cma kdg2 rasa mcm xlayak sgt...... kdg2 pla rasa mcm Allah s.w.t sayang sgt... :) Doakn sya ukthi.... <3

aneez_mizuki said...

assalmualaikum,,,,sungguh terkesan di dalam hati saya membawa blog saudari...seperti saudari saya pon bertuah kerana mendapat hidayah dr allah....untuk menjadi wanita serta muslimah yg solehah...

kalo x keberatan boleh la kita saling berhubung...untuk sama3 memperbaiki diri.....saya sungguh memerlukan seorng teman sekrng ini.....

ini email saya...
noryanis88@gmail.com

salam ukhuwah....
harap saudari dapat terima huluran salam persahabatan dr saya....

wasalam

Anonymous said...

Allahu Rabbi
tidak mampu mengungkapkan dgn kata2
hati kecil sy trsentuh membacanya :(

SITOT said...

Assalamualaikum.. kak, Alhamdulillah .. syukur atas hidayah yang Allah berikan.. ilmu yang akak kongsikan ini sgt bermanfaat.. semoga saja sy juge dapat melakukan perubahan diri yang hina ini.. Salam Ukhuwah..

Anonymous said...

assalamualaikum ya uhkti..dlm kes sy pulak lain..sy nak berhijab tp mak sy xrestu la..sy pun tak berani nak bantah cakap mak kalau mak cakap tak boleh.. :'(

nunui Joe said...

Salam saudari. Tahniah atas hijrah. Kita lalui jalan yg hampir sama. Semoga perjalanan ini diberkati Allah dan istiqamah :).

Fida said...

mujahadah itu pahit krna syurga itu manis. nice. :)

Unknown said...

salam ten...

bca entry ko ni...
terigt plak kisah skolah dlu...
hehhe
aku lah tu kan tukang tulis nma budak ndak pkai stokin....
cewah....
apa2pun...
teruskn...
sma2 kita dirikn dan tegakkn AD-DIN dalam diri,org sekeliling kita dan ummah...
insyaALLAH.....

^_^ bila maw jmpa ni? berkurun suda aku di bangi ni...ndak jgk kita jmpa2...

Hansyirah Takezur said...

ya Allah indahnya...
kadang2 saya fikir betapa jahilnya diri saya sebab tidak dapat beristiqamah.

dari f1-f5 sekolah agama, masuk uni pon ada nama Islam, & kos pon kos Syariah tapi masih belum mampu nak tahsin diri.

syukran ukhti :')

Anonymous said...

Seronok baca . . saya baru mula bertudung 2minggu sebelum raya 2012 haritu , insyallah akan berubah kejalan yg lebih baik . . ^.^

Anonymous said...

as salam..jika tidak keberatan, boleh sy tahu email kamu..sy juga dlm proses untuk memulakan penghijrahan & perlukan sokongan & motivasi.

lydia.

Anonymous said...

Assalamualaikum ya ukhti . saya amat memerlukan pendapat ukhti . sebenarnya saya sentiasa berniat untuk bertaubat . tapi , ia sekadar niat . saya selau berfikir , perlukah saya bertaubat sedangkan saya pon tidak menunaikan solat 5 waktu . saya hanya solat maghrib semat-mata . saya juga bukannya berasal daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya . Alquran juga jarang saya baca . saya bersekolah agama , tetapi , iman saya ? saya teringin untuk menikmati betapa manisnya pengalaman bersolat jemaah bersama keluarga . tolong saya . ya ukhti . saya ada ilmu tentang agama , tetapi saya tidak mengamalkannya . saya berdosaaa ! bagaimana saya ingin bertaubat , perlukah saya qada' solat yang sebelum ini tidak saya tunaikan ? tolong saya kak Fatinn

amira halim said...

salam.ukhwah..situasi kita sama

Mawar Islam said...

assalamualaikum~ ukhti, sy benar2 respect~ dlu sy mau sngat msuk smka limauan, tp ada hlgan..
smpai skrang sy t'ingin sngat mau bljar agama, tp tiada pendamping sy.. :'( sy cuba bgun sndiri, tp kadang2 sy kalah.. tlong la syyy~

Anonymous said...

Salam...awak..kish awk sgt mnyntuh hti..klu awk nk tau sy free hair..sy trign brhjab..tp sy xdk kbrnian..sy tkt sy xistqmah..dlu mse dgree sy pki tdung..tp on off je..now dh smbg mster sy dh mmg xtdung lgsg..sy tau bdosa bsr..sya tau wjib prmpuan mntup aurt..sy trign brtdung..tp sy xau pnrmaan org cmne nti..tmbhn fmly sy kbykn xbrtdg jge..tlg sya..boleh awk tlg sy bna kykinan 2..:(

aishiterudayah said...

Salam..sy tertarik dgn artikel yg awk post ni..terase ingin berubah tp sy tak cukup kuat utk berubah..sy sedang mencari teman yg sentiase dpt memberi sokongan kpd sy utk sy terus istiqomah..kdg2 terase sy ni talam bermuka-muka sbb imej sy..imej bertudung labuh tp hati sy belum benar2 solehah tp sy teringin utk ke arh itu..solehah dri segi luaran dan dalaman..sy impikan utk memakai purdah tp hati belum benar2 baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah