hikmah kata2 sang imam/lelaki!!
Lelaki yang berada di samping wanita, kenalilah mereka bahawa KUASA KATA-KATA sang suami mampu menjadi penyandar dan kekuatan bagi mereka dalam mengawal emosi. Yakinkanlah mereka bahawa apa jua emosi yang mereka lalui adalah benar kerana itulah WANITA! Hanya lelaki tempat mereka menumpang teduh dan meluah emosi… Sedarlah wahai lelaki… KUASA KATA-KATA POSITIF mampu menjana KELUARGA yang cemerlang dan terbilang… Begitulah SEBALIKNYA! Kekadang, lelaki lebih gemar DIAM MEMBISU SERIBU BAHASA dalam memberi respon terhadap luahan emosi seorang yang bernama WANITA! Oleh itu, bimbinglah mereka ke arah yang anda inginkan khususnya ke jalan yang diredhai olehNya! Tegas dalam lembut, inilah tindakan Sang Lelaki yang amat didambakan oleh sang WANITA. Bukannya TEGAS DALAM KERAS… Pastinya jiwa mereka akan PATAH & REMUK!
Type bukan tulis
✿✿JihaD UmaYraH✿✿
0 Hamba Allah tinggalkan jejak :):
Post a Comment