Pages

Beza Remaja melayu dan remaja mereka. sumpah tak tipu!


Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Salam dihulur bersama perut yang masih kosong, hari untuk bergotong royong sendirian membersihkan laman ini yg telah lama bersawang gara2 tuannya yang terlalu busy *lah sgt* Syukran jazilan bg mereka yang still sudi berkunjung and bg feedback n jejak dgn ikhlas.sumpah saya terharu! *kesat airmata n hingus* smoga Allah merahmati kalian n terima kasih atas peringatan2 n nasihat2 yg bmakna :)



Apa beza mereka dan kita..? sungguh2 belia berbanggakah kalian..? Siapa kah mereka..? mereka adalah saudara kita yang menderita di sana, saat Basyar Assad dan israel ibarat bermain farmville dgn bermodalkan darah, kita huhahuha disini. Buta. lalai. Angkuh.


dapatkah anda bayangkan jika mata anda setiap hari disaji dengan lumuran darah, adegan maut di depan mata. Setiap hari pasti ada sahaja orang yang dibunuh, statistik bukan skadar menunjukkan angka2 cincai dari 1- 10 setiap hari ratusan yang terkorban masuk bulan April di Syria sahaja 12,600 orang telah disahkan mati syahid manakala yang hilang sudah mencecah 20, 000. Sedangkan kucing kesayangan anda mati pun sudah nak meraung bagai. tetapi mereka disaji dengan kematian orang tersayang setiap hari. masing2 berebut syahid, bertungkus lumus untuk bertemu Allah.


Semasa mereka sibuk mengejar syahid, (ganjaran cash dr Allah kalo nak masuk syurga terus direct) remaja sini sibuk fikir macamana nak gugur janin. Janin bukti cinta mereka yang suci itu. janin yang tidak berdosa. Mereka disana syahid di tembak, di sembelih dan di bom. itu bermakna dan manis. remaja kita sakit di jolok dengan besi2 tajam, pucuk ubi kayu, menyesal x berguna., Oh, Itu Sungguh Manis. *sinis* (kalo nak tgok betapa SEDAPNYA gugur kan bayi tu jenguk ARTIKEL NIH


Sebelum sempat bertemu pasangan hidup, mereka sudah bercinta dengan penantian ajal. bayangkan jika ayah anda pergi mencari nafkah di waktu pagi, siapa tahu di malam hari nya dia tidak kembali lagi, terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Remaja mereka,belum sempat memikir soal siapa jodoh mereka, Mr Right or Mrs. She is the One mereka sudah memikirkan tempat mereka di syurga nanti. Subhanallah.



True story, still dara atau tidak, itu perkara biasa. 'buat selagi tak mengandung' dijadikan alasan untuk terus bergelumang dengan seks luar nikah, tanpa memikirkan kesannya, tanpa berkira2 apa perasaan ibu bapa dan bakal suami kita. asal sedap, seronok sedap, hakikatnya yang kita tahu senang, seronok. Akhirat hanyut. dunia pun tercicir. Pathetic.


hakikat kehidupan seorang pejuang syahid pasti akan maut juga di angkara Kuffar tetapi akhirnya kembali jua bertemu Rabbinya. Adalah agak tidak adil jika seorang kanak2 yang hanya berbekalkan beberapa biji batu untuk dibaling kearah kereta kebal di balas dengan bom yang boleh menghancurkan tembok2 batu. Muhasabah sebaiknya. Ini, sungguh mati yang bermakna. :)


Berbeza dengan mereka, betapa jahilnya remaja Melayu yang kononnya Kompiden mereka itu lah jantan dengan melakukan aksi2 di atas motor. mereka lah hero. merekalah yang paling terer sekali race motor. Dari isya sampai ke Subuh berlumba2 menuju mati. Bila dah mati pandai2 lah jawab Munkar Nakir nanti. masa tu motor x dapat tolong anda lari dari lubang kubur pon.


Remaja palestine menangis masjid mereka di bom, rumah2 mereka ditabrak, remaja Syria menangis dan meraung melihat kakak, ibu dan adik mereka dibogelkan dan dirogol bergilir2 di depan mata. menangis melihat ayah mereka disembelih, menangis melihat tubuh bayi mereka ditembusi dengan peluru.


True story, dah boyfriend kena rampas nangis bukan main lagi. On facebook pastu update. si itu merampas, ini merampas. wahai ukhti ku, kenapa menangisi sesuatu yang Allah dah bagi BONUS tunjuk depan mata bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita. Selagi bukan akad jangan terlalu yakin dengan statement ''You are mine forever lalink~.'' hati kita, bukan milik kita, hati kita Allah yang punya. The only one guaranteed not to break your heart is the ONE who made it.


Pernahkah anda mendengar.. ''jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah belianya pada hari ini..'' kita cuma tahu seronok, indah, berangan2 ttg pasangan hidup, sedangkan masih banyak amanah Islam belum terlaksana. masih terlalu banyak perjuangan yang kita teruskan. Islam perlukan kita lebih dari kita memerlukan air di waktu panas yang terik.


Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah.

– As-syahid Imam Hassan Al-Banna



Mari jadi Remaja yang Ohsem dengan mendekatkan diri kepada Pencipta! :)
itu lagi best, sumpah tak tipu! ^_^b


Jadi Hamba Allah, bukan robot!


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang.



Y u no read this whole article..??

Rutin harian yang agak sibuk, setiap minggu bangun pagi ke kelas, makan, solat, tidur, semua seakan sama. tapi, ada satu yang membezakan kita di antara satu sama lain..

"Apa yang kau merepek ni.. aku manusia, kau manusia, kita sama je kot, fitrah sama je..Allah cipta kita sama, ko tiada dua hidung, 8 mata or sepuluh telinga. sama je! "

sebelum berpopet lebih lanjut, jom kita tinjau kehidupan seharian kita..Mungkin berbeza diantara satu sama lain, rutin yg berbeza sedikit, tetapi kita tinjau serba serbi utk merenung kembali siapa kita sebenarnya..??

Setiap pagi, kita akan bangun, ada dua pilihan:


b) bangun, gosok tahi mata yang menggunung, gosok n gosok lagi, pastu tengok skrin handphone kot2 ada mesej yg masuk masa kita tidow smalam..

a) baca doa bangun tidur, tak pun sekurang2 nya mngucap Alhamdulillah di dalam hati kerana diberi peluang oleh Allah utk bernafas lagi..

seusai itu, anda menunaikan solat Subuh, mandi, bersiap utk ke tempat kerja atau kelas. Sepanjang perjalanan anda,samada di dalam kereta, KTM,Bas sekolah, bas public or berjalan kaki, terbang mahupun merayap sekalipun itu bukan urusan saya. tetapi yang saya ingin anda gambarkan,ada dua suasana. akan ada dua situasi or monolog diri.

a)" humm.. dh siap ke kerja yang kena bagi semalam? kena hantar ni hari ni.. hari ni nak makan apa ea..? nk sarapan apa ea..? humm..aku harap hari ni aku tak penat macam semalam.. aku harap semua urusan berjalan dengan sempurna.."

b) "Syukur Allah bagi aku hidup lagi hari ni, at least Dia bagi aku settle kan kerja yang belum terlaksana.."


Kemudian dengan segala abdomen dan kemudahan yang Allah bagi kita gunakan semuanya utk rutin berkerja, belajar dan sebagainya. dan apabila berehat dan perut kita lapar, kita msti akan makan bukan..? dan kita akan bermonolog lagi..


a) '' nak makan apa ea..? ikan keli pun sedap juga.. aku dah lapar ni, lantaklah makan apa pun, dah lah tadi tak makan sarapan, semalam pun dpt makan roti canai je. aku msti juga kena makan nasi juga hari ni...NGAAAAPP.. *ini suara makan oke. ur argument is invalid.*''




b) " humm..biskut pun oke..alhmdulillah..makan je lah apa pun, yang pnting Allah dah bagi aku makan, asal hilang lapar.Orang2 palestin n somalia tu ntah dh makan atau belum, yang ni dah kira cukup.terima Kasih Allah masih bagi aku makan biskut ni..''




Bukan sahaja mata, kaki, dan mulut, dengan tangan pun anda gunakan dengan monolog masing2 entah bersyukur atau tidak, entah rasa bertuah atau tidak. anda menggunakannya untuk makan, memegang objek, berkerja seharian tanpa merasa bersyukur dan BERINGAT bahawa yang mmberikan nikmat tangan itu adalah Allah!




Terlalu banyak pemberian Allah untuk saya rungkai satu persatu betapa setiap hari kita menggunakannya tanpa rasa syukur, tanpa rasa berterima kasih. bah kan abdomen2 itulah yang kita gunakan utk melakukan maksiat, yang kita gunakan utk melakukan perkara2 yang sia2 dan merugikan.

Setiap hari kita bangun dan melakukan rutin hidup yang sama. Makan, solat, tidur, bercakap, bermain, dan keesokannya kita melakukan perkara yang sama lagi, berulang, ulang, dan ulang kembali. KITA X UBAH SEPERTI ROBOT. tapi, bezanya kita dengan robot kita masih ada hak untuk memilih baik dan buruk, kita masih diberikan akal untuk menilai, dan hati untuk memburu iman, KITA KHALIFAH! tetapi sayangnya masih 'bernilai robot'.tanpa rasa berterima kasih, tanpa rasa semuanya kerana Tuhan, tanpa rasa punya sebab kenapa Allah anugerahkan semua pancaindera ini. yang kau tahu senang! senang! sedap! *mcm skrip drama yg ni*




Skop ibadah itu luas..bukan hanya berzikir,solat puasa dan sebagainya..Semuanya ibadah jika 'kerana Allah'

Mandimu itu ibadah..
agar dirimu bersih dan selesa mengerjakan ibadah harianmu yang lainnya..

Makanmu itu ibadah..
agar dirimu terus bertenaga untuk terus menjalani rutinmu seharian memakmurkan bumi Allah..

Tidurmu itu ibadah..
agar dirimu terus sihat dan bertenaga menghadapi hari esok dengan azam dan semangat mnjadi khalifah Allah yang lebih baik dari semalam..

Merugilah jika kakimu itu hanya melangkah..

tanpa membawa manfaat apa2 melainkan utk dirimu sendiri..

merugilah jika lidahmu itu hanya berbicara..

tanpa membawa manfaat apa2 melainkan utk dirimu sendiri..

merugilah jika matamu hanya melihat..

tanpa membawa manfaat apa2 melainkan utk dirimu sendiri..

KAU mengaku mnjadi hamba..

Tapi kau kenyang, bertenaga, selesa,.cukup segala keperluan fitrah harianmu tanpa merasa kehambaan dan berterima kasih kepada Penciptanya..

Kau sedarkah kita cuma peminjam..?

Dimatamu itu cukup..

Tetapi ZERO nilainya disisi Allah..

MERUGILAH..

segala pinjaman dari Nya yang kau pinjam sebanrnya tiada memperoleh keuntungan apa-apa..

MERUGILAH...

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].


Padah seks bebas!! elakkannya dari sekarang!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi maha Penyayang..

Hoorayy!!valentine sudah tiba!!

sudahkah anda membuat persiapan..? dah beli ceklet..? bunga ros..? dah serve meja untuk candle lamp dinner ke..?

kalo sudah anda lah orang yang berjaya untuk ditipu ideologi kuffar. tahukah anda berapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan hasil dr Malam Romantis valentine..? brapa ramai yang dh hilang virgin dr malam tersebut..? brapa ramai yg buat abortion..? dan brapa ramai pasangan yang mlakukan seks secara beramai2 pada malam tersebut..?Dan berapa ramai anak luar nikah yang dihasilkan pada bulan 10 selepas malam valentine..?

bila dah mengandung, bagi menutup malu mesti akan terdetiknya untuk menggugurkan kandungan tersebut.

sekiranya mengandung anak luar nikah, adakah si bakal ibu akan happy dan terus memaklumkan smbil mengucap tahniah kepada kedua ibu bapanya bahawa mereka akan mnjadi bakal nenek dan datuk. tidak bukan..?

Mohon keterbukaan minda dan muhasabah dengan sbaiknya di apabila membaca artikel ini.hilangkan sukzon hitam anda.x ramai remaja yang tahu dan sedar.kerana di mata pelaku maksiat, smuanya dilihat indah2 belaka. peringatan dan azab Allah ditolak ketepi.ini hakikatnya.nak tak nak inilah realiti yang berlaku sekitar kita. orang thu sedap nk buat, x tahu pun sakit selepas itu.

Bila tgok cara doktor gugurkan bayi ni, korang still terdetik ke nak buat abortion..?



jom kita tengok alat apa yang digunakan doktor untuk pengguguran.

Firstly, doktor akan guna jarum ini dan memasukkannya ke faraj anda untuk menyuntik air yang berlarutan garam bagi melemaskan bayi. ini baru mukaddimah, korang still rasa abortion x sakit ke..?


seterusnya, doktor akan guna kan speculum ni untuk membuka lubang faraj dengan lebih luas dengan bukaan seluas 10 cm. (nak tengok besar mana..? pi check pmbaris sekarang.)

dimasukkan macam ni...skru akan diputar2 dan faraj akan terbuka sedikit demi sedikit. siap terkoyak lagi.pedih.korang ingat x sakit ke?


x habes takat tu je,untuk mengeluarkan janin doktor yang baik hati itu menggunakan Cannulatube iaitu vakum yang sedutannya berkali ganda lebih kuat dr vakum biasa. tin biskut pun x sampai 5 saat dah remuk dikerjakan vacum ni.dah tin biskut pun remuk,rahim yang berorgan lembut itu apatah lagi.??




Lepas habis janin2 tersebut disedut vacuum yang canggeh itu, sisa2 janin yang tertinggal akan dikeluarkan menggunakan alat ni


untuk pengetahuan kalian, ini bukanlah pemicit jerawat yang slalu dijual dikedai2 runcit apatah lagi pengorek telinga.bnda ni adalah pengorek janin.hujungnya tajam seperti pisau dan dinding rahim si penggugur seni akan disiat2 menggunakan pisau mini ini.sisa2 janin yang tertinggal di rahim akan dikikis dan dikikis berkali2 seperti mengikis isi kelapa muda.

itu kalo janin masih kecil. tetapi sekiranya janin sudah membesar..cara ini digunakan..


sekali lagi saya ingin tegaskan, ini bukanlah pengepit kuih yang slalu digunakan makcik2 yang jual kuih pagi2 tu. bnda ni dinamakan forsep, dan fungsi forsep adalah seperti ini


ingat cara ni x sakit..? risiko maut untuk anda lebih tinggi. bila2 masa sahaja nyawa akan ditarik.dan sudah tentu, rahim anda still akan dikikis oleh pisau tajam currette.

''eleyh.. xpelah, try guna kaedah tradisional, lebih jimat and senang..''

abortion kaedah moden kan mahal maka slalunya kaedah tradisional akan digunakan.dan anda akan berhadapan dengan ini..




batang ubi kayu yang hujungnya ditajamkan dimasukkan ke dalam faraj anda.dan batang kayu yang tajam itu akan di jolokkan dan diputar2 kan di dalam rahim anda. masa yang diambil agak lama.Kaedah tradisional ini mengundang risiko maut yg sgt tinggi dan bila2 masa sahaja nyawa akan ditarik dan sempatkah anda untuk bertaubat ketika itu?



wahai penggugur bayi, anda memang KEJAM!


LELAKI SELAMAT KE..???

kita muhasabah hadis ni, ini adalah azab Allah kepada mereka yang melakukan seks bebas dan seks luar nikah.

"Tidaklah nampak suatu pbuatan MAKSIAT (ZINA) pd suatu kaum hingga mereka terang-terangan melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit berjangkit & penyakit2 lain yg belum pernah ada pd org2 dulu sblm mereka“ (HR Ibnu Majah)

korang thu x apa pnyakit yang baru mncul di zaman kini yang tiada pada umat2 terdahulu akibat perbuatan seks..?

1) PENYAKIT HIV AIDS






Dan untuk pengetahuan anda, Penawar untuk AIDS tiada.yang ada cuma ubat yang melambatkan penyakit tersebut. itupun kos nya sangat2 tinggi dan hanya org tertentu boleh membelinya.Awal2 lagi Allah sudah menunjukkan kekuasaanNya sebagai peringatan kepada mereka2 yang masih lalai.


2) PENYAKIT S.T.D (sexual transmitted disease)


penyakit S.T.D berjangkit dari hubungan seks, ibu berpenyakit S.T.D menyusukan anaknya, dan lelehan cecair dari vagina atau penis.



ruam S.T.D


3)PENYAKIT GONOREA

tanda2 pnyakit gonorea adalah keputihan yang terlalu banyak dan kencing kadang kala tidak lawas. Apabila kencing, kencing keluar nanah dan darah. mata juga akan bernanah dan mengakibatkan buta. Dan juga boleh terkena pada kemaluan lelaki.


terjangkit ke mata jadi macam ni..




4) PENYAKIT SIFILIS

penyakit sifilis akan mengakibatkan ulser DIDALAM KULIT. sifilis boleh terkena pada lidah, iaitu kondom yang dihisap.


5) KETUAT (WART)

Ketuat adalah ketuat lah. apa lagi. hehe. tp bezanya Genital Warts ni, adalah ketuat yang tumbuh di kemaluan. ketuat di kaki boleh lah kopek. ketuat di kemaluan korang nak kopek macamana..? ketuat ni akan mengeras pada kemaluan. boleh jadi banyak smpai bertimpa-timpa.


''Kami guna kondom, pasti selamat!''

adakah anda tahu ramai juga pengguna kondom yang gagal menghalang pregnancy..?diatas bnyak sbb pecah di dalam rahim, berlubang dan sebagainya.

Prof. Dr. H. Dadang Hawari dalam seminar tentang HIV/AIDS di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia menyatakan konsentrasi virus HIV/AIDS banyak terdapat pada cairan liang senggama, sperma dan darah.

Pemakaian kondom menurutnya, tidak 100% selamat, ianya hanya mengurangkan risiko penularan AIDS/HIV sebanyak 30%. Hal ini disebabkan material kondom mengandungi beberapa kelemahan seperti:

• Bahan kondom terbuat dari karet (latex) yang merupakan senyawa hidrokarbon dengan polimerisasi; yang bererti berserat dan berpori bagaikan tenunan kain.

• Pori-pori kondom dan virus HIV/AIDS hanya dapat dilihat melalui elektron mikroskop.

• Sperma dapat dilihat dengan mikroskop biasa, sedangkan virus HIV/AIDS hanya boleh dilihat dengan elektron mikroskop. Kadar kegagalan penggunaan kondom dalam mengawal kehamilan mencapai 20%. Di Indonesia setiap tahun terdapat 3,5 juta kehamilan yang tidak diinginkan, dimana 60% diantaranya minta digugurkan.

dan penyakit2 di atas tetap akan berjangkit dengan cara lain walaupun anda menggunakan kondom.Bnda salah tetap salah, INGAT! Allah tetap akan tunjuk. Sekiranya Allah mengatakan ''JADILAH'' maka jadilah ia. saat Allah takdirkan janin itu tetap akan berada di dalam rahim si gadis maka jadilah ia. maka saat itu, jangan menyesal tidak berguna. kuasa Allah melebihi segala2 nya. Istighfar..

maka., sempena valentine yang dinantikan ramai pasangan muda saya ingin meberikan pesan..,

jangan Mudah terpengaruh dengan ideologi barat. cara hidup mereka tidak berpandukan fitrah mnusia yang sepatutnya. Allah sudah menggariskan cara hidup yang bersyariat. Yakin, pasti ada sebab, kenapa tidak boleh mlakukan seks bebas.kita sendiri tidak tahu adakah pasangan kita itu menghidap penyakit diatas atau tidak.INGAT, di dalam azab dan kekuasaan Allah itu, segala kemungkinan yang mustahil akan terjadi.

Kalian mungkin akan seronok sekarang, tapi pasti Allah akan tunjuk, anda akan terkandas kemudian hari.kembalilah, still belum terlambat sebelum ajal menjemput. jalan pulang kepangkuan Allah itu terlalu luas.


lastly, mostly credit to ilmu pemberian Allah, perantaraan dari program 'awesome' Anda Bijak jauhi Zina, dan Pusat perlindungan Raudhatus Sakinah.

jangan lupa join kempen HIMPUNAN 1000 Jiwa 1 Hati untuk Malam tahun Baru 2012 ini. kita banteras lagi seks bebas di malam tahun baru, InsyaAllah.




Mohon jasa baik anda sebarkan ilmu ini sebagai kempen memerangi valentine.sebarkan ilmu ini, kerana masih ramai lagi yang hanyut di luar sana tidak mengetahui bahana sebenar seks bebas.semoga allah mrahmati jihad kita pada hari valentine 14/02/2012 ini. semoga Allah memberi hidayah pada hati2 mereka. Amiin ya Rabbi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah