Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang.
Y u no read this whole article..??
Rutin harian yang agak sibuk, setiap minggu bangun pagi ke kelas, makan, solat, tidur, semua seakan sama. tapi, ada satu yang membezakan kita di antara satu sama lain..
"Apa yang kau merepek ni.. aku manusia, kau manusia, kita sama je kot, fitrah sama je..Allah cipta kita sama, ko tiada dua hidung, 8 mata or sepuluh telinga. sama je! "
sebelum berpopet lebih lanjut, jom kita tinjau kehidupan seharian kita..Mungkin berbeza diantara satu sama lain, rutin yg berbeza sedikit, tetapi kita tinjau serba serbi utk merenung kembali siapa kita sebenarnya..??
Setiap pagi, kita akan bangun, ada dua pilihan:
b) bangun, gosok tahi mata yang menggunung, gosok n gosok lagi, pastu tengok skrin handphone kot2 ada mesej yg masuk masa kita tidow smalam..
a) baca doa bangun tidur, tak pun sekurang2 nya mngucap Alhamdulillah di dalam hati kerana diberi peluang oleh Allah utk bernafas lagi..
seusai itu, anda menunaikan solat Subuh, mandi, bersiap utk ke tempat kerja atau kelas. Sepanjang perjalanan anda,samada di dalam kereta, KTM,Bas sekolah, bas public or berjalan kaki, terbang mahupun merayap sekalipun itu bukan urusan saya. tetapi yang saya ingin anda gambarkan,ada dua suasana. akan ada dua situasi or monolog diri.
a)" humm.. dh siap ke kerja yang kena bagi semalam? kena hantar ni hari ni.. hari ni nak makan apa ea..? nk sarapan apa ea..? humm..aku harap hari ni aku tak penat macam semalam.. aku harap semua urusan berjalan dengan sempurna.."
b) "Syukur Allah bagi aku hidup lagi hari ni, at least Dia bagi aku settle kan kerja yang belum terlaksana.."
Kemudian dengan segala abdomen dan kemudahan yang Allah bagi kita gunakan semuanya utk rutin berkerja, belajar dan sebagainya. dan apabila berehat dan perut kita lapar, kita msti akan makan bukan..? dan kita akan bermonolog lagi..
a) '' nak makan apa ea..? ikan keli pun sedap juga.. aku dah lapar ni, lantaklah makan apa pun, dah lah tadi tak makan sarapan, semalam pun dpt makan roti canai je. aku msti juga kena makan nasi juga hari ni...NGAAAAPP.. *ini suara makan oke. ur argument is invalid.*''
b) " humm..biskut pun oke..alhmdulillah..makan je lah apa pun, yang pnting Allah dah bagi aku makan, asal hilang lapar.Orang2 palestin n somalia tu ntah dh makan atau belum, yang ni dah kira cukup.terima Kasih Allah masih bagi aku makan biskut ni..''
Bukan sahaja mata, kaki, dan mulut, dengan tangan pun anda gunakan dengan monolog masing2 entah bersyukur atau tidak, entah rasa bertuah atau tidak. anda menggunakannya untuk makan, memegang objek, berkerja seharian tanpa merasa bersyukur dan BERINGAT bahawa yang mmberikan nikmat tangan itu adalah Allah!
Terlalu banyak pemberian Allah untuk saya rungkai satu persatu betapa setiap hari kita menggunakannya tanpa rasa syukur, tanpa rasa berterima kasih. bah kan abdomen2 itulah yang kita gunakan utk melakukan maksiat, yang kita gunakan utk melakukan perkara2 yang sia2 dan merugikan.
Setiap hari kita bangun dan melakukan rutin hidup yang sama. Makan, solat, tidur, bercakap, bermain, dan keesokannya kita melakukan perkara yang sama lagi, berulang, ulang, dan ulang kembali. KITA X UBAH SEPERTI ROBOT. tapi, bezanya kita dengan robot kita masih ada hak untuk memilih baik dan buruk, kita masih diberikan akal untuk menilai, dan hati untuk memburu iman, KITA KHALIFAH! tetapi sayangnya masih 'bernilai robot'.tanpa rasa berterima kasih, tanpa rasa semuanya kerana Tuhan, tanpa rasa punya sebab kenapa Allah anugerahkan semua pancaindera ini. yang kau tahu senang! senang! sedap! *mcm skrip drama yg ni*
Skop ibadah itu luas..bukan hanya berzikir,solat puasa dan sebagainya..Semuanya ibadah jika 'kerana Allah'
Mandimu itu ibadah..
agar dirimu bersih dan selesa mengerjakan ibadah harianmu yang lainnya..
Makanmu itu ibadah..
agar dirimu terus bertenaga untuk terus menjalani rutinmu seharian memakmurkan bumi Allah..
Tidurmu itu ibadah..
agar dirimu terus sihat dan bertenaga menghadapi hari esok dengan azam dan semangat mnjadi khalifah Allah yang lebih baik dari semalam..
Merugilah jika kakimu itu hanya melangkah..
tanpa membawa manfaat apa2 melainkan utk dirimu sendiri..
merugilah jika lidahmu itu hanya berbicara..
tanpa membawa manfaat apa2 melainkan utk dirimu sendiri..
merugilah jika matamu hanya melihat..
tanpa membawa manfaat apa2 melainkan utk dirimu sendiri..
KAU mengaku mnjadi hamba..
Tapi kau kenyang, bertenaga, selesa,.cukup segala keperluan fitrah harianmu tanpa merasa kehambaan dan berterima kasih kepada Penciptanya..
Kau sedarkah kita cuma peminjam..?
Dimatamu itu cukup..
Tetapi ZERO nilainya disisi Allah..
MERUGILAH..
segala pinjaman dari Nya yang kau pinjam sebanrnya tiada memperoleh keuntungan apa-apa..
MERUGILAH...
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].