Pages

Pattani,Pejuang nusantara ditindas di bumi sendiri..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


aku kira Ahmad Yassin akan menangis
(andai kata dia masih lagi hidup kini)
dari celah kelopak matanya yang buta
bukan pada darah yang mengalir basah
bukan pada ratapan doa, anak dan isteri


Ahmad Yassin pasti mengalirkan air mata
melihat, bagaimana kita; ummah nusantara
memandang tanpa berbuat apa-apa
mendengar dan berdiam cuma
pada potret kemusnahan satu bangsa
Melayu Patani, yang maruahnya kini
sedang dipijak-pijak dengan kaki


aku kira Ahmad Yassin akan menutup
telinganya yang pekak kurang mendengar
kerana sudah tidak mampu tertahan
pada suara gamat yang kedengaran
bukan oleh dentuman bedil atau bom kawalan
bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati
yang lama terseksa di kem tahanan


Ahmad Yassin pasti tidak mampu tertahan
pada kita, yang asyik bergelojak gembira
di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan
Isteri hilang suami anak yang hilang bapa
bapa hilang anak, pewaris cita-cita masa depan
kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara


aku kira Ahmad Yassin mampu berdiri
menahan geram walau kakinya tak berkuasa
saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka
sedang mewar-warkan kemegahan negara
mencita-citakan kemodenan segala
mereka lupa pada Muslim Pattani
yang jaraknya sejengkal cuma


satu aqidah, satu bangsa, satu bahasa
satu ummah dengan negara merdeka
Malaysia – Brunei - Indonesia
ketika saudara mereka Pattani
ditembak tika menjejak tangga masjid
dihalau dinafi dibumi sendiri
ditangkap tanpa sebab dan alasan


aku kira Ahmad Yassin akan melaung
dari kekuatan suara yang entah dari mana
kamu bangsa-bangsa Melayu Nusantara
memaki Kebodohan bangsa Arab
yang menjadi boneka pada Yahudi
yang meratah bangsa kami Palestin


namun ketika bangsa Pattani
terseksa, dizalimi, hilang arah
kamu menjadi buta - hati dan mata
sesungguhnya aku mungkin buta mataku
namun kamu telah buta hatimu


malangnya Ahmad Yassin sudah tiada
maka mata kita yang buta atau pejam
telinga kita yang tuli atau pekak
mulut kita yang bisu atau kelu
dan segala yang tiada daya pada kita
pastinya gagal berbuat apa-apa
pada sebuah potret kemusnahan
satu ummah, satu bangsa, satu bahasa
satu akidah dan agama dengan kita
Pattani, sebuah Palestin di nusantara


Semoga Allah memberkatimu, Pattani..

sumber:www.kongsicerita.com



Saya penunggu gua ini.

Assalamualaikum..

Nama saya fatin. saya 19 tahun n still student. :)

Selamat datang ke ruangan perkongsian dari saya Sila senyum sebelum baca :)


*saya dah snap. kenapa x senyum?*


Salam Taaruf Sahabat..izinkan saya memperkenalkan diri saya


Saya seorang yang suka memasak.


saya seorang yang kaki blur.


Saya suka buat sesuatu yang ekstrem a.k.a berani mati


Saya juga boleh jadi seorang yang serius ikut mood.


Tetapi boleh juga jadi sangat2 'annoying'.


Saya suka gelak sorang2 depan Laptop saya


Saya adalah seorang penulis yang selalu dihentam pembaca


Tapi saya tak kesah :)


Kerana Allah ada mengirimkan kalian untuk menjadi sahabat saya



Salam ukhwah Fillah dan syukran kerana sudi menjadi sahabat dan berkongsi ilmu bersama saya






InsyaAllah, pemilik blogger ini adalah seorang student full time dan activist part time,pemakan kuaci half time. Saya anak kepada Hj Saufee dan Dermatasiah.mama saya seorang yang sangat cantik. babah saya seorang yang sangat hensem *anak mesti kena puji parents sdri :)* mama saya adalah seorang guru di SK. Pekan Kuala Penyu dimana saya bersekolah sewaktu kecil. Disitulah titik permulaan saya. Saya bersekolah di Sk. Pekan Kuala Penyu dan seterusnya melanjutkan pendidikan saya di Smka Limauan.Sekolah yg banyak mengajar erti hidup. sekolah yang banyak mendidik saya. Syukran jazilan kepada semua guru2 samada dari Smka Limauan mahupun Sk Pekan Kuala Penyu. jasamu dikenang :)

*mohon jejak student alumni limauan jua untuk saya follow*

Saya berada di Smka Limauan selama 5 tahun dan akhirnya ditawarkan belajar di Kolej islam Antarabangsa di batu Caves dalam kos Pengajian Islam sains kontemporari.

*mohon jejak student International Islamic College untuk saya follow jua*

Saya baru memulakan fasa tarbiyah. jika saya silap tunjuk ajar lah saya, Saya cuma menulis dari perspektif pmikiran saya yang khilaf. Kerana jika karisma dan arif yang anda cari saya bukan orangnya. Saya juga seorang yang sgt2 sukakan ukhwah (perempuan sahaja) Dan saya suka bertemu dengan ukhwah baru. Sekiranya ada yang ingin bersahabat dengan saya lebih rapat saya sentiasa alu2 kan dengan tangan terbuka.

*add fb saya ya ukhti.ada diatas tuuuuuuu na*

Saya ada 7 orang adik beradik dan saya anak sulung.saya kakak yang baik hati sangat2 tidak terkata! hua3


yang penting, saya adalah seorang hamba Allah yang hina.maka sesuai sangatlah URL blog fatinhambahina.blogspot itu untuk saya. di medan tarbiyah perkongsian ilmu inilah saya cuba merangkak dan bertatih. di medan inilah yang saya angan2 kan mampu menjadi hasil tuaian di akhirat kelak. Jihad Umayrah nama pena saya bukanlah bererti betapa saya yakin saya adalah seorang pejuang..seorang penjihad. Kerana jika seorang ibu memberikan anaknya nama yang indah dengan harapan boleh menjadi acuan untuk anak tu bila sudah dewasa. begitu juga saya yang baru bertatih di medan ini.Saya baru dilahirkan di medan tarbiyah ini. Jihad Umayrah adalah nama yang saya berikan kepada diri sendiri untuk menjadi acuan dan motivasi diri saya sendiri.

maka perbetulkanlah mana yang silap, motivasikan mana yang perlu. mari bersama2 berkongsi ilmu dan tarbiyah.Mohon teguran dan saranan hasil dhaif pena Jihad Umayrah.


SALAM UKHWAH FILLAH SAHABAT! :)

Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI..



Memburu Blog Tarbiyah *Sila drop link blog anda!* :)


Mari ziarah juga blog2 tarbiyah lain. Semoga beroleh manfaat InsyaAllah. Dibawah ini senarai sahabat blogger yang sempat saya senaraikan. sekiranya ter miss anda boleh tinggalkan link anda. kepada yang ada blog tarbiyah tapi tiada nama di bawah berbesar hatilah jika anda boleh tinggalkan detail untuk saya senaraikan.Jom berkongsi n spread the love! syukran :)



SENARAI BLOG TARBIYAH


Ukhti Husna Nordin:Blog Qalbun Salim


Akhi Azam Uddin: Blog mencari sinar kebahagiaan


Ukhti manusia biasa: Blog Cinta Allah


Ukhti Nadirah: Blog Dont be Sad


Ukhti Raihanah: Blog Ariana Huzaini


Ukhti puteri Ammar:Blog Ukhwah Fillah


Ukhti Farhiyaa: Blog seeking His Mercy


Akhi Habiburahim: Blog Ashabul Islam


Ukhti Nirah Nadhirah: Blog Dont Be Sad


Ukhti Zulaikha: Blog Cinta Allah Cinta Teragung


Akhi Azam: Blog Mencari Sinar Kebahagiaan


Ukhti Bunga Humairah: Blog Janji kekasih


Ukhti mujahidah solehah: Blog Mujahidah solehah

Ukhti Nadhirah:Blog Mujahidah pemburu syahid.

Ukhti Cahaya kekuatan:Blog Islam is the way of my life.

Ukhti Ain Aneeqa:Blog Wanita itu sendiri adalah rahsia

Ukhti Elmyra: Blog antisipasi

Akhi Ibn Junaid: Blog Ibn Junaid

Akhi Azamku Al- Fateh: Blog Sabar Penenang Jiwaku

Ukhti Princess Nabilah:Blog Villa Professor Princess Nabilah *my tutor*

Ukhti Naaila Qaireen: Blog Naaila Qaireen

Ukhti Adilah: Blog Always stick your heart to Allah

Ukhti Nur Liyana: Blog bicara hati seorang wanita

Ukhti Nur kegembiraan: Blog Nur kegembiraan

Akhi Majdi: Blog Karkun Muda

Ukhti Miza Farzana: Blog Hatiku milik Dia

Ukhti Muslimah: Blog Diari seorang Muslimah

Ukhti Ayong Izzah: Blog Puteri Quran, Hiasan Dunia, Bidadari Syurga

Ukhti Nadia: Blog Langkah tercipta

Ukhti Ummu Haykal:Blog Atas nama Cinta

Ukhti Durrah: Blog Durrah Nur Imtiyaz

Ukhti gadis hijrah: Blog cerita haTiga

Ukhti As: Blog A journey towards light

Akhi hafis: Blog No soul No heart

Akhi Pena sanubari: Blog Pena sanubari

Ukhti Alia Farhah: Blog Nur Halawatul Iman

Ukhti wardah: Blog Tiada Tuhan selainMu Ya Allah

Ukhti Naily: Blog strive for mardhatillah pencapaianku

Ukhti mardhatillah: Blog Mardhatillah site

Akhi Nazrin: Blog Dakwahku impianku

Ukhti Jum Umairah: Blog kembara hati menuju Ilahi

Ukhti Husna Nordin: Blog senyuman Qalbi

Ukhti Safiyah Thayirah: Blog Subhanallah

Ukhti Bintu Sumayyah: Blog pencinta Allah

Ukhti Rahimah: Blog Siti Rahimah

Akhi Cahaya Arif: Blog Perjalanan di Akhir Zaman

Ukhti Jannati: Blog Hurrun Ain jannati

Akhi abgBeka: Blog Return

Ukhti Mencari Redhatullah: Blog Islam is my way


Bagi blogger Ilmu yang saya belum senaraikan sila senaraikan blog anda. Boleh drop komen di bawah atau pun tinggalkan jejak di SHOUTMIX di atas. InsyaAllah. Mari berkongsi ilmu dan muhasabah. Semoa Allah menguatkan hati kalian untuk terus bertarbiyah. Allahu Rabbi.Salam Ukhwah Fillah ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah