Pages

Kisah seekor burung pipit :)


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

''Sesungguhnya, Yakinlah.., Allah tidak memandang kejayaan kita, Allah melihat kepada usaha kita, ''

''Allah tidak akan tanya apa yang kejayaan yang sudah kita lakukan, tetapi usaha apa yang sudah kita lakukan..''

Pancang Tekadmu Pejuang.Allah sntiasa ada disisi orang2 yang benar :)




Mana Satukah Hijab anda..? :)




Islam x mengarahkan

''wahai Muslimah..kamu wajib bertudung litup 6o inci. wajib!''

tetapi Islam mengarahkan agar wanita2nya melabuhkan tudung ke paras dada.

fikir n muhasabah...

asal menutupi dada,

x jarang

senang sahaja.

bergantung pada diri sndiri..

ANDA YANG MEMILIH. :)


''My Hijab,My Modesty''

Bagaimana akhirnya saya bertudung labuh dan berniqab (based on true story. :) )

Ini bukan kisah awan dania, mahupun Transformer si robot kuning langsat.=.=’’

Baca je tajuk ni msti macam2 respon kan..?

‘’eleyh..macam dia sorang je pakai niqab n tudung labuh..’’

‘’diam2 sudah la..org lain pun ada pakai..’’

‘’ko share stu dunia pun ko dpt apa?’’

‘’ko dah khabisan idea nk post entry kat blog usang ko ke? “

‘’ko nak sgt makan kuaci? *err*’’


Sekiranya korang manusia yang berfikir..diam,muhasabah,n baca shingga habis.maaf sbb saya bukan tergolong dlm akhowat yang indah tutur kata ayatnya,sungguh tersusun dan bermadah penuh karisma (seriously,saya sgt lemah bahasa melayu) apa yg saya kongsikan bukan entry suka suki mngnai apa yang saya buat,apa saya makan,saya pergi mana,saya nk membengang ngan sapa.dan sewaktu dengannya..sekali lagi saya tegaskan dari pihak kerajaan,ini bukan entry sukasukinakpostbagiberatbelog.


Saya membesar dalam keluarga yang sederhana.ibu saya bukan ustazah,ayah saya bukan seorang ustaz.Tapi mereka adalah ibubapa yang terbaik.Meskipun saya bukanlah seorang yg berdisiplin dan anak yg nakal,berkat kesedaran pentingnya AdDeen dlm hidup,mereka menghantar saya kesekolah agama.sehabis sahaja saya amik upsr,saya ditawarkan masuk ke SMKA LIMAUAN KIMANIS.



Guru2 saya adalah guru2 yg baik, mereka tegas tentang solat berjemaah,phayatan agama yg cukup,tetapi saya?? Sungguh.. mesti anda bayangkan saya adalah pelajar cemerlang 5 bintang dan harapan sekolah? *prasan* TEET! Anda salah.saya benci peraturan sekolah! Masuk tingkatan satu saya kena pakai stoking. Saya kena pakai tudung labuh, sarung lengan jangan harap. Saya malas nk pakai. Saya juga lah student yang kerap escape masa tadarus.Dan saya student yang selalu didenda sbb x pakai stoking. Ya, saya akui saya agak nakal dan mmberontak.jiwa mmberontak berkobar2 dalam diri saya. Setiap peraturan saya nak langgar.sesal x berguna, smpai skarang saya tercari2 suasana itu :’)


Tudung saya ON-OFF. Dalam skolah pakai tudung labuh.luar skolah saya kadang2 free hair. Alasan saya? BELUM BERSEDIA NAK BERUBAH SCARA DRASTIK..NAK BERUBAH SLOW2..saya berlanjutan berkeadaan sebegitu sampai saya form3.


Saya ingat lagi bila saya terlibat dalam lawatan sambil belajar ke Ranau(area gunung Kinabalu tu) smua senior saya pakai blouse,saya? Saya pakai longslive ketat. Sampai saya dijeling2 oleh senior saya.saya akui agak dasyat juga pemakaian saya pada waktu itu. Naik bas tullis SMKA LIMAUAN. Tp turun dari bas,studentnya ada pulak seperti saya?beberapa kali saya ditegur. Tetapi saya buat endah x endah.mungkin teguran mereka agak kasar. Atau mungkin sbb saya ego. J



Sehinggalah suatu masa semasa saya form3. Pada harijadi saya,saya dihadiahkan pendrive.Dalam pendrive tu ada artikel2 agama,gambar2 islamik iluvislam,koleksi lagu nasyid.saya tersentuh dan saya baca satu persatu.Dan kelakarnya itulah kali pertama saya dengar dan amati lagu nasyid smpai habis.pada awalnya saya malas nak baca sbb saya x layan bnda2 tarbiyah mcm ni. Tapi semakin saya simpan pendrive tu,smakin hati saya meronta2 nk explore.Akhirnya smpai stu malam saya terbaca stu artikel. Mngenai betapa Allah mngangkat darjat wanita yg mnjaga agamanya.Betapa Islam melindungi wanita,betapa mulianya darjat wanita solehah disisi Ilahi. Pada waktu itu saya sedar, betapa saya sebagai wanita Islam tidak bersyukur.Islam menjaga saya tetapi saya sendiri hipokrit dalam mnjadi Islam itu sendiri.saya menangis. Hati saya x tertahan menahan sebak.saya baca artikel itu berkali2..dan setiap kali saya baca setiap kali itu jugalah saya menangis. Ya! Saya teringin untuk mnjadi wanita yg diredhai. Tapi saya rasa saya tak layak. Terlalu jauh saya dari mereka.Saya malu dan cemburu setiap kali saya terpandang mereka yg istiqamah mnjaga jilbabnya.


Kadang2 saya rasa down, tetapi dlm masa yg sama Allah sntiasa pertemukan saya dgn ilmu2 baru. Seakan2 Allah mnyambut doa saya dan mmbantu saya.Sungguh saya rndu proses permulaan tarbiyah. Rasanya cukup manis. Dan ketika saya mengenang kmbali proses itu ketika ini, saya rasa sebak. Saya tercari2 orang yang boleh bimbing saya dan motivasikan saya. Tercari2 orng yang boleh ajar saya pakai tudung labuh. Saya paksa diri saya untuk patuh peraturan sekolah.mula2 saya rasa rimas. Lama kelamaan saya terbiasa.sehingga satu masa, saya tidak rasa selesa keluar rumah tnpa stoking dan tudung tidak menutupi dada.


akhirnya setelah cuba istiqamah memakai stoking dan melabuhkan tudung menutupi dada. Saya memulakan fasa baru iaitu ingin menyempurnakn lagi penutupan aurat saya dengan tudung labuh.Maka saya bersungguh2 untuk memujuk mama saya membelikan saya tudung labuh bidang 60.akhirnya saya bertudung labuh. Tetapi ON-OFF juga. Keadaan itu berlanjutan sehingga saya meduduki SPM pada tahun 2009. J


Saya mengaku pada awalnya saya diperlekehkan dan digelar ‘trip alim’ ‘puteri skema’ dan macam2 lagi ejekan yg dilemparkan kepada saya.tetapi saya telan saja dan yakin apa yang saya buat ini betul.saya cuma tersenyum bila dituduh hendak menunjuk2 kealiman saya dan berlakon suci.tetapi saya yakin apa yang saya buat. Saya pertahankan prinsip saya bila mereka mula mnghasut saya dan menuduh saya kolot.Saya mampu menelan segala macam sindiran pedas mereka dan kritikan sinis yang saya berpura2 baik, berlagak solehah,. Tetapi kadang kala saya teruji bila suatu keadaan saya terpaksa jua tinggalkan tudng labuh saya. Dan betapa lemahnya saya,akhirnya saya menangis.Tetapi lama kelamaan sindiran dmi sindiran yang bertubi2 akhirnya mereka pasrah juga dgn keadaan saya macam ni. Kdegilan saya telah mnjadi sebati dgn mereka akhirnya.Alhmdulillah Allah lembutkan hati2 mereka. J



Sehabis sahaja SPM, saya terima tawaran belajar dari International Islamic College dalam Pengajian Islam.Syukur Allah berikan saya rezeki ilmu ini.Di IIC inilah saya memulakan proses tarbiyah saya scara perlahan2.Tarbiyah yang byk saya tinggalkan swaktu bersekolah dahulu.saya berusaha sedaya upaya untuk menebusnya kmbali di IIC.maka saya rajinkan diri saya untuk terlibat dlm program2 ilmu.,saya kutip smaksima mungkin artikel2 tarbiyah.Dan berkawan dengan mereka2 yg rajin ke majlis ilmu.Saya hadam setiap ilmu itu perlahan2 dan skali dengan pnghayatan saya cuba hayati satu persatu.


Dan akhirnya setelah dimotivasikan oleh senior2 yang berniqab,ligatnya tangan saya untuk search pngalaman2 memakai purdah dari akhowat lain,dan kajian demi kajian dari segi khilaf dan hukum,akhirnya saya kuatkan diri saya untuk memakai niqab. Sekali lagi saya bina kkuatan smula.,dan memujuk kedua ibu bapa saya. Purdah itu sunat, perintah ibu bapa itu wajib.berkat restu mama dan babah,akhirnya saya berniqab.

Saya bertudung labuh bukan bererti saya terbukti saya solehah,

Saya berniqab bukan bererti saya terbukti solehah

Ketahuilah,saya hamba hina yang masih tercari2 cinta ilahi yang masih sirna digenggaman saya.

Ini proses tarbiyah saya pilih dan saya yakin dengannya..

Saya masih berusaha untuk mnjadi wanita solehah,

Meksipun saya tahu saya tidak layak untuk mnjadi wanita2 yang diredhai disisi Ilahi itu.

Saya mungkin tidak sesolehah mana,

saya tidak layak digelar wanita solehah,

Tetapi Allah sntiasa akan bantu hamba2 Nya,

Yakin! Janji Allah itu benar!

Dan sampai bila2 pun..

Saya harap saya sntiasa berada di jalan ini walau betapa jahil dan buruknya saya..

Kerana saya tahu,

Betapa pun jahil dan hinanya saya

Allah akan sntiasa mmbantu hamba2 Nya

Yakin dan Yakin! Kasih sayang Allah itu tiada bertepi. :’)

NASIHATKU KEPADA KALIAN…



Kepada akhowat2 niqabis dan akhowat2 di jalan tarbiyah yang lain..

Jangan kau dongak wajahmu kelangit, belum tntu yang berniqab dan bertudung labuh itu sempurna amalnya..belum tentu nilai solehah dalam pemakaianmu mewakili solehah nya iman dihatimu. Tetapkan hati untuk terus berubah dan bertarbiyah. Solehah itu bergantung pada iman dan hatimu,bukan pada niqab dan tudung labuhmu.,bimbinglah saudari2 seislam mu itu untuk terus bertarbiyah. Jangan jadikan golongan kita dan mereka dua golongan yg berbeza. Dekati mereka dan berkongsi ukhwah dr hati ke hati.Kita tetap dalam ssuatu phitungan.belum tntu bgkit belum tntu rebah.teruskan bertarbiyah dan perbaiki diri.jangan berhenti sehingga Allah mnjemput kita bertemuNya nnt.


Kepada2 pendakwah..

Ketahuilah bahawa,kritikan terhadap mereka yang mendedahkan aurat bukannya stu jalan yg tbaik dgn hntaman dan sndiran sinis smata2..sungguh hawa dicipta mmpunyai naluri dan rasa hati yang lembut..bertegaslah tetapi jangan tidak diiringi dgn phyatan. Sungguh, sentuhlah kelembutan hati itu dgn motivasi dan kata2 berbaur smangat untuk berubah..beri mereka pnghayatan un tuk berubah..kita Cuma penyeru, bukan pmberi hidayah. J


Kepada mereka yang ingin berubah..,

Jangan kalah dan rebah jika diuji dengan kritikan, yakin Allah berada disisi..teruskan mncari penghayatan dan perbaiki diri.sungguh bukan manusia yg menilaimu, pndangan Allah lebih utama. Sesungguhnya, tiada perkara yg mustahil jika Allah inginkan. Jika kmu berusaha di jalanNya, Dia pasti akan menolongmu.teruskan mnghayati dan teruskan berusaha.Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. :’)



Saya sentiasa akan mengalu2 kan dengan tangan terbuka bagi mereka yang inginkan targhib dan sokongan dari saya. Saya sntiasa ada disini menanti saudari2 lain yang memerlukan sokongan dan motivasi. Kerana saya sedar,betapa peritnya proses tarbiyah tnpa sokongan dari sahabat2..kerana saya sendiri melalui fasa2 itu.saya faham situasi anda,kita tetap saudara seislam samada kenal atau tidak.bagi ukhti2 yg ingin berubah,saya alu2kan ukhwah kita dengan tangan yang terbuka.Mulakan perubahan perlahan demi perlahan. With Allah,everything is possible.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah