Pages

Renungkan gambar ini,Muhasabah diri.

PERHATIKAN

RENUNGKAN..

MUHASABAH DIRI..











Kalau dia boleh bersedekah
mengapa bukan kita..???
Kalau dia mampu terhenjut2 merangkak semata2 ingin menderma
mengapa bukan kita..??
sekiranya dia sendiri tidak mampu untuk bersedekah tetapi dengan duit yang sedikit untuk dirinya itu dia sedekahkan juga
mengapa bukan kita..??

TIDAK SEBAK DAN TERSENTUH KAH ANDA MELIHAT SITUASI INI..?

Kita hamba yang mampu zahirnya..
kita direzekikan dua kaki untuk berjalan..
Kita ada pilihan untuk ke majlis ilmu,masjid
Atau ke disko dan tempat2 maksiat..
tetapi dipilih juga melangkah ke arah kerugian
kita tidak bersyukur!

Kita Umat rasulullah..
Tapi kita lupa sunnah ajarannya untuk kita bersedekah..
Kita lupa pesanan nabi.
''Tangan yang mmberi lebih baik daripada menerima..''
kita sntiasa bersedia untuk menerima..
tetapi jarang bersedia untuk memberi


Kita hamba Allah yang hina..
tapi saat pengemis meminta2
kita herdik dan kata dia penipu..
Ya! sekiranya dia menipu..
mengapa suudzon melebihi belas kasihan..?
Dia penipu, tapi kita juga pendosa!
Kita lupa kita juga hamba yang tidak terlepas dari dosa..
Tapi Allah tetap beri kita rezeki yang melebihi dari dosa2 kita..

Kita tahu islam itu bersaudara..
tetapi saat meminta bantuan untuk Saudara kita di Palestine,
Kita berkira2..
Kita takut duit kita tidak mencukupi untuk diri sdri..
''ah! duit utk aku tidak cukup, untuk apa diberikan pada yang lain..?''
sedangkan kita lupa..
Wang itu bukan hak mutlak kita..
Wang itu Allah yang beri rezeki..

Kita tahu kita orang Islam..
Tetapi saat merenung gambar ini..
kita tidak tertampar dan tersedar bahawa..
Orang bukan Islam pun turut berbelas kasihan pada orang lain
Orang bukan islam pun buat Sunnah nabi..
Orang bukan islam pun TURUT BERSEDEKAH!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright by © 2010 Hubbul Ilahiyah
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah